Israel pertingkat serangan, persediaan serangan berskala besar di Rafah

Israel pertingkat serangan, persediaan serangan berskala besar di Rafah

Israel pertingkat serangan, persediaan serangan berskala besar di Rafah
KANAK-KANAK perempuan berjalan berhampiran bangunan yang musnah susulan serangan Israel di Rafah. FOTO Reuters

Gaza: Israel meningkatkan serangan udara ke atas Rafah selepas berkata, ia akan memindahkan orang awam dari bandar selatan Gaza itu.

Tentera rejim melancarkan serangan habis-habisan walaupun menerima amaran daripada sekutunya bahawa tindakan itu boleh menyebabkan kematian besar-besaran.

Pakar perubatan di kawasan Palestin yang dikepung itu melaporkan lima serangan udara Israel ke atas Rafah pada awal 25 April yang memusnahkan tiga rumah, membunuh sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang wartawan tempatan.



“Kami takut apa yang akan berlaku lagi di Rafah. Tahap amaran adalah sangat tinggi.

“Penduduk tidak dibenarkan pergi ke utara dan hanya terhad kepada kawasan yang sangat kecil,” kata Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ibrahim Khraishi kepada Reuters.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM




Semenanjung Gaza adalah kira-kira 40 kilometer (km) panjang dan antara kira-kira 5 km hingga 12 km lebar, dan satu daripada kawasan paling padat penduduk di dunia.

Matlamat Israel yang dinyatakan adalah untuk memusnahkan Hamas, walaupun tidak jelas bagaimana mereka akan melakukannya.

Pasukan PBB yang melawat untuk operasi bantuan maritim terpaksa berlindung di dalam kubu pada 24 April selepas kawasan itu diserang, kata seorang jurucakap pada Khamis lalu.

Kabinet perang Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sedang bermesyuarat “untuk membincangkan cara memusnahkan sisa-sisa terakhir batalion Hamas di Rafah dan di tempat lain”, kata jurucakap kerajaan David Mencer.



Beliau enggan menyatakan bila atau sama ada forum sulit itu mungkin memberi ‘lampu hijau’ untuk operasi darat di Rafah.

Serangan Israel sudah membunuh sekurang-kurangnya 34,305 rakyat Palestin, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada 25 April.

Serangan tentera rejim memusnahkan sebahagian besar kawasan perbandaran, menyebabkan kebanyakan daripada 2.3 juta penduduknya dipindahkan dan menyebabkan ramai mangsa kekurangan makanan, air serta rawatan perubatan.

Israel pertingkat serangan, persediaan serangan berskala besar di Rafah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading