Kor Ming tidak layak jadi Timbalan Speaker

Oleh – Bakhtiar Omar

Ahli parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming tidak layak untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat berikutan kenyataan beliau semasa Pakatan Harapan memerintah.



Nga Kor Ming yang mewakili DAP menuntut 49% kedudukan pembangkang dalam pelbagai JawatanKuasa Khas kerajaan menerusi 10 reformasi menifesto beliau.

rujukan – https://my-tv.online/2021/09/10/10-reformasi-parlimen-nga-kor-ming/

Ini berikutan dakwaan ahli parlimen Stampin, Chong Chieng Jen dari DAP di Dewan Rakyat.

Dato Che Abdullah Mat Nawi membidas ahli parlimen Stampin yang menuduh Pas akan menjadikan Malaysia sebagai negara Taliban hanya kerana Presiden Pas dilihat menyokong pemerintahan Taliban di Afghanistan.



https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/22/tuduhan-samakan-pas-taliban-tidak-bertanggungjawab/

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah DiRaja semalam.

Che Abdullah mengingatkan Stampin, sejak Pas bersama kerajaan Persekutuan, tiada cadangan mereka menjadikan Malaysia seperti Taliban. 



DAP sendiri sebenarnya tidak layak untuk mencalonkan Kor Ming berikutan mereka sendiri tidak menunjukkan komitmen untuk MoU bersama kerajaan.

https://www.malaysia-today.net/2019/03/09/pas-bekerjasama-dengan-umno-adalah-taliban-kata-nga-kor-ming/

Rakyat masih tidak lupakan kebiadapan Kor Ming yang menggelarkan kerjasama Umno-PAS sebagai Taliban. Khairy Jamaluddin pernah menggelarkan Kor Ming sebagai Taliban ketika berucap di parlimen dipercayai bagi membalas balik kenyataan Kor Ming.



DAP yang banyak memanipulasi konsensus MoU cuba menggambarkan mereka adalah ‘Juara Rakyat’ namun sebaliknya yang berlaku semasa sesi soal jawap di parlimen.

rujukan – https://my-tv.online/2021/09/06/kit-siang-ingatkan-ismail-sabri-tentang-csa/

Malah Lim Kit Siang pernah mengeluarkan kenyataan mengingatkan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri mengenai MoU Kerajaan-Pembangkang. Ingatan tersebut dilihat sebagai sebahagian ‘ugutan’ agar kerajaan memenuhi setiap permintaan DAP.

 



penafian – artikel ini tidak menggambarkan pendirian pihak my-tv.online,segala komen adalah tanggungjawab sendiri.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button