Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat

Norman Abdul Halim pula kagum... “Suntikan nafas baharu dalam program TV”

Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat

Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat
Norman puji cara Sheila Rusly dalam rancangan Dapur Tempur.

SEJAK beberapa hari lalu, tular sebuah video memaparkan pelakon dan penerbit Sheila Rusly menjerit dengan nada marah ketika memberi komen kepada peserta program Dapur Tempur sehingga teruk dikecam netizen.

Ramai mempertikaikan kredibiliti Sheila memberi komen terhadap peserta dengan cara kasar memandangkan dia tidak mempunyai kepakaran dalam bidang masakan.

Ada pula menganggap Sheila sepatutnya memberi teguran membina dan bukannya dengan cara biadab terhadap peserta.



Bagaimanapun, bagi Datuk Norman Abdul Halim dia kagum dengan peranan dimainkan Sheila dan menyifatkan pelakon itu berjaya menyuntik nafas baharu dalam program TV khususnya rancangan masakan di Malaysia.

Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat
Norman puji cara Sheila Rusly di Dapur Tempur.

Sebagai seorang mempunyai pengalaman dalam bidang penjurian, Norman memahami watak yang dizahirkan Sheila meskipun dikecam hebat netizen.

“Saya sendiri pernah jadi juri dalam pelbagai program realiti TV. Sememangnya setiap juri atau tenaga pengajar dikehendaki memainkan watak berbeza dan tak semestinya menggambarkan keperibadian kami yang sebenar.

“Jujurnya, komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap Sheila membuatkan saya tertarik untuk menonton rancangan tersebut dari mula sampai ke akhir siaran.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya melihat Sheila memainkan peranan yang sangat baik sebagai pengkritik tegas untuk menimbulkan suspens dan drama dalam rancangan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Norman menyifatkan watak dibawa Sheila diibaratkan sebagai seorang guru yang tegas di sekolah kerana mahu melihat anak didik berjaya.

Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat
Antara babak Sheila Rusly dalam Dapur Tempur.

Tambahnya, program realiti di Barat lebih dahsyat berbanding di negara ini sehingga ada membuang masakan ke dalam tong sampah atau mencampakkan ke muka peserta.

“Di Barat, ada sebuah rancangan pertandingan memasak yang popular dikendalikan oleh Gordon Ramsey. Dia turut menghentam peserta dengan kritikan-kritikan pedas hingga menjadikan rancangan TV tersebut popular di serata dunia.



“Sama juga watak yang dibawa oleh Sheila ibaratnya seperti antagonis dalam drama di TV dan tidak wajar dihina secara peribadi di media sosial,” katanya lagi.

Pekerja restoran asam pedas didakwa rakam pelanggan wanita buang air kecil

Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading