Kylian Mbappe tak masuk senarai di Real Madrid

Kylian Mbappe tak masuk senarai di Real Madrid

Kylian Mbappe tak masuk senarai di Real Madrid
MBAPPE dijangka hanya menerima gaji sebanyak £12.8 juta semusim di Real dan tidak berada dalam senarai lima penerima pendapatan tertinggi pasukan itu. – AFP

PARIS – Status selaku bintang sensasi dunia tidak meletakkan nama Kylian Mbappe berada dalam senarai lima pemain yang menerima gaji tertinggi di Real Madrid.

Rekodnya yang cukup cemerlang di Liga Juara-Juara, Piala Dunia dan saingan Ligue 1 seakan tidak menjadi asas untuk dia mendapat bayaran lebih tinggi kecuali kelebihan buat Real yang mampu mendapatkannya tanpa mengeluarkan bayaran mega.

Ketika ini Toni Kroos jadi penerima gaji tertinggi dengan £20.8 juta (RM125.9 juta) setahun dan bayaran itu dilihat lebih berasas kerana sepanjang 10 tahun bersama Real Madrid, bintang dari Jerman itu sudah pun memenangi 20 piala.



“Tidak boleh dinafikan dia adalah salah seorang pemain yang disukai oleh semua kelab dan dia masih muda untuk menyertai Vinicius Junior, Rodrygo dan Jude Bellingham.

“Semua penyokong Real Madrid mahu melihat dia bermain di Bernabeu dan sudah pasti dia akan jadi salah seorang pemain penting dalam sejarah kami,” kata bekas presiden Real, Ramon Calderon.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong




Mbappe dijangka hanya berada di tempat ketujuh dalam senarai penerima gaji termahal bersama Thibaut Courtois yang menerima bayaran £12.8 juta (RM77.5 juta) semusim.

Ketika ini, penerima gaji kedua termahal adalah David Alaba £19.2 juta (RM116.2 juta) diikuti bintang utama Croatia, Luka Modric yang terima £18.6 juta (RM112.6 juta).

Bellingham dan Vinicius Junior berada di tempat keempat dengan gaji tahunan £17.7 juta (RM107.2 juta) diikuti Federico Valverde £14.2 juta (RM86 juta) untuk melengkapkan lima penerima gaji termahal. – AGENSI

Kylian Mbappe tak masuk senarai di Real Madrid


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button