Brazil gugur khidmat Antony, panggil Gabriel Jesus

Brazil gugur khidmat Antony, panggil Gabriel Jesus

Brazil gugur khidmat Antony, panggil Gabriel Jesus
Antony tidak akan sertai skuad kebangsaan Brazil pada aksi antarabangsa bulan ini.

RIO DE JANEIRO – Pemain sayap sensasi Manchester United, Antony digugurkan daripada panggilan kem latihan pusat skuad kebangsaan Brazil kerana terlibat dalam kes mahkamah kerana mengasari bekas teman wanitanya.

Sebagai rekod, Antony sepatutnya melaporkan diri bersama skuad Selecao semalam bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Bolivia dan Peru pada minggu ini.

Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan dengan menyatakan kes melibatkan pemain berusia 23 tahun itu perlu disiasat di peringkat dalaman sebelum keputusan lanjut dapat dilakukan.



“Disebabkan Antony terlibat dalam kes mahkamah yang mana bekas teman wanitanya membuat laporan rasmi, persatuan mengesahkan Antony digugurkan daripada pasukan pada panggilan antarabangsa kali ini demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Antony mengesahkan pertuduhan yang dilakukan oleh bekas teman wanitanya sebagai satu fitnah untuk memburukkan kariernya selain menjadi mangsa keadaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dulu Mahathir tunggang DAP, hari ini Mahathir tunggang PAS




“Demi menghormati keluarga, sahabat dan peminat, saya terpaksa bersuara untuk menegakkan kebenaran bahawa saya telah difitnah atas pertuduhan yang tidak berasas.

“Saya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dan harap membuktikan saya tidak bersalah dalam hal ini di mahkamah kelak,” katanya.

Posisi Antony yang mewakili Brazil pada kempen Piala Dunia 2022 lepas akan digantikan oleh penyerang Arsenal, Gabriel Jesus. – AGENSI

Brazil gugur khidmat Antony, panggil Gabriel Jesus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button