Salah jual produk nikotin kepada bawah umur kerana RUU sudah dilulus – SFC

Salah jual produk nikotin kepada bawah umur kerana RUU sudah dilulus – SFC

Salah jual produk nikotin kepada bawah umur kerana RUU sudah dilulus - SFC
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa selepas Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu, penjual dilarang menjual produk rokok termasuk vape dan e-rokok kepada golongan bawah umur.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly, berkata memandangkan Rang Undang-Undang (RUU) itu sudah diluluskan di Dewan Rakyat pada 30 November lalu, mereka yang di bawah 18 tahun juga tidak boleh merokok (vape yang mengandungi nikotin dan e-rokok).

“Penjualan dan pembekalan racun termasuk nikotin kepada golongan itu adalah menyalahi undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13 Rang Undang-Undang tersebut.



“Sesiapa yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi setahun,” katanya semasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menurut Ahmad Hanir, antara peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang itu termasuk larangan penjualan dan penggunaan rokok, produk tembakau, produk merokok dan produk pengganti tembakau kepada golongan bawah umur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut




“Ia juga menyaksikan pemansuhan peruntukan untuk generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya,” katanya.

Beliau juga berhujah bahawa Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa tidak melampaui kuasanya apabila membuat keputusan untuk mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Ini kerana pengecualian itu dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Racun yang membenarkan menteri meminda Senarai Racun.

“Dengan membuat pengecualian itu, nikotin yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan alat elektrik dalam bentuk cecair atau gel adalah penyediaan yang dikecualikan dan oleh itu tidak termasuk dalam maksud ‘racun’.



“Oleh itu, saya berhujah bahawa permohonan ini perlu ditolak oleh mahkamah ini kerana keputusan responden pertama (Dr Zaliha) dibuat berdasarkan undang-undang,” tambahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata


Pada 14 Oktober lalu, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Malaysian Green Lung (MGLA) dan Voice of the Children (VOC) sebagai pemohon mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan dan kerajaan sebagai responden.



Ketiga-tiga NGO itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 30 Jun, untuk membatalkan sebahagian daripada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) yang dibuat oleh responden pertama pada 31 Mac dan memohon pengisytiharan bahawa arahan itu adalah tidak sah.

Sementara itu, peguam Edmund Bon, yang mewakili ketiga-tiga NGO itu berhujah bahawa RUU baharu itu masih belum disahkan menjadi undang-undang oleh Dewan Negara, justeru belum ada undang-undang yang boleh dikuatkuasakan terhadap penjualan cecair dan produk gel yang mengandungi nikotin kepada kanak-kanak.

Beliau berkata, apabila Dr Zaliha membuat keputusan nyahsenarai nikotin pada 31 Mac, tiada undang-undang pada masa itu melarang penjualan produk ini kepada golongan bawah umur.

Hakim Wan Ahmad Farid menetapkan 7 Februari tahun depan untuk keputusan. – BERNAMA



Salah jual produk nikotin kepada bawah umur kerana RUU sudah dilulus – SFC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button