Roslan Shah – Ini dugaan Allah sebelum saya ke Makkah
Roslan Shah – Ini dugaan Allah sebelum saya ke Makkah
Kuala Lumpur: Penghibur dari Singapura, Roslan Shah menganggap insiden antaranya dengan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah yang hangat diperkatakan kini sebagai dugaan buatnya sebelum ke Makkah mengerjakan umrah pada 27 September ini.
Roslan ketika dihubungi berkata, perkongsian dibuatnya di Instagram Story sebelum ini sekadar meluahkan perasaan kecewa dengan apa yang berlaku dan bukan mahu bergaduh dengan sesiapa.
“Saya teruk dikecam netizen mengenai apa yang berlaku antara kami. Bagaimanapun, saya terima semua itu dengan hati terbuka kerana mungkin ini dugaan daripada Allah SWT sebelum saya berangkat mengerjakan umrah, hujung bulan ini.
“Apapun, saya hanya berniat baik untuk membantu mempromosi jualan produk kosmetik diusahakan Datuk Jamal di pameran ekspo berkenaan. Saya tidak ada agenda tertentu pun untuk mengaut sebarang keuntungan di sebaliknya.
“Saya nak mencari saham akhirat dan menolong dengan ikhlas. Tanyalah rakan artis lain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang pernah saya bawa menjayakan pameran ekspo di Singapura, ada saya minta duit? Malah, ketika berurusan dengan Siti, saya tak ada buat surat hitam putih dan hanya atas dasar kawan artis dengan pengurusnya, Rozie.
“Apapun, saya juga sangat menghormati Jamal sebagai seorang penyanyi legenda dan diminati ramai. Malah, beliau adalah penghibur idola saya. Tapi, tak apalah, saya memang tak mahu panjangkan cerita dan bergaduh dengan orang,” katanya kepada Harian Metro.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
- PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
Roslan berkata, dia juga tidak cuba menjadikan insiden yang berlaku itu sebagai ‘tiket’ mencari publisiti untuk dirinya.
Katanya, dia tetap membantu jualan perniagaan Jamal di pameran ekspo itu yang diuruskan anaknya, Osama Yamani.
“Orang (netizen) mengata saya macam-macam walaupun mereka tidak tahu perkara yang sebenar. Malah, dalam urusan membawa Jamal datang ke pameran ekspo di Singapura ini, saya banyak berurusan dengan pengurusnya, Ismail.
“Dalam urusan itu (bersama Ismail), dia ada mengirimkan WhatsApp kepada saya salinan pasport, minta dua bilik hotel serta gambar poster. Untuk bercakap dengan Jamal, hanya minta ‘extra’ satu bilik saja,” katanya.
Katanya, sebagaimana dikatakan ini dugaan daripada Allah dan tidak mahu bergaduh dengan sesiapa, dia berharap semoga perjalanan ke umrah nanti dipermudahkan segala urusan dari mula hingga akhir.
Terdahulu, Roslan dikatakan terpaksa membayar ganti rugi berjumlah lebih RM30,000 susulan ketidakhadiran Jamal dalam pameran ekspo di Singapura yang berlangsung baru-baru ini
Sementara itu, menerusi kenyataan Jamal yang dilaporkan media pula memaklumkan beliau sudah banyak kali bercakap dengan Roslan bahawa tidak dapat hadir membuat kemunculan di pameran ekspo itu kerana sudah ada komitmen lain.
Apatah lagi, katanya beliau juga bakal mengadakan konsert eksklusif di Singapura yang sudah dipersetujui pada 31 Disember dan 1 Januari 2023 nanti.
Jamal berkata, konsert itu adalah persembahan berbayar dan tidak mahu mengganggu penjualan tiket.
Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
Roslan Shah – Ini dugaan Allah sebelum saya ke Makkah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?
- BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Kluster Mahkamah Mula Menggelabah
- Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?
- Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.
- Bubar Parlimen – siapa sebenarnya bersilat pulut?
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15