Kemarau melampau, paras air tasik terbesar China semakin kering

Kemarau melampau, paras air tasik terbesar China semakin kering

Kemarau melampau, paras air tasik terbesar China semakin keringSHANGHAI: Wilayah Jiangxi di tengah China mengisytiharkan kemelut bekalan air selepas tasik air tawar Poyang yang merupakan tasik terbesar di negara ini semakin surut.

Tasik Poyang yang kebiasaannya menjadi saluran banjir penting untuk Yangtze, iaitu sungai terpanjang di China kini merekodkan penuruan paras air secara ketara, dari 19.43 meter kepada 7.1 meter sejak tiga bulan lalu.

Masalah tersebut berpunca daripada musim kemarau melampau yang dialami negara ini sejak Jun lalu.



Pusat Pemantauan air Jiangxi memaklumkan, paras air Poyang boleh terus surut dalam tempoh beberapa hari akan datang dan keadaan itu diburukkan dengan jumlah hujan yang sedikit.

Sebanyak 267 stesen cuaca di seluruh China melaporkan suhu panas dan kering pada bulan lalu, sekali gus menyekat pengeluaran tenaga hidro dan merosakkan banyak hasil pertanian sehingga tidak boleh dituai.

Biarpun hujan lebat dijangka meredakan keadaan di barat daya China, bahagian tengah negara ini pula diramalkan terus ‘menderita’ apabila suhu panas dan kering melampau diramalkan berterusan.

Selain itu, sebanyak 10 kolam takungan di wilayah Anhui juga merekodkan penurunan paras air. – REUTERS



PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

Kemarau melampau, paras air tasik terbesar China semakin kering


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button