Pelajar madrasah dikhuatiri lemas jatuh sungai

Pelajar madrasah dikhuatiri lemas jatuh sungai
Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mencari seorang pelajar madrasah dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke sungai di Hutan Lipur Lubuk Semilang, Langkawi. – Foto Bomba

Pelajar madrasah dikhuatiri lemas jatuh sungai

LANGKAWI: Seorang pelajar madrasah dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan jatuh ke sungai di Hutan Lipur Lubuk Semilang di sini hari ini.

Terdahulu, mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar madrasah di Banting, Selangor itu dikatakan datang untuk mandi di sungai terbabit bersama tujuh rakannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi.



“Sejurus itu, dua jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi mengesahkan kejadian membabitkan remaja 15 tahun dipercayai lemas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamadul Ehsan berkata, anggota bomba kemudian melancarkan operasi mencari menerusi kaedah pencarian di permukaan (surface searching).

“Menurut saksi, mangsa bersama tujuh rakan sedang bermain air di kawasan itu sebelum tergelincir dan terjatuh ke sungai.



“Beberapa rakan cuba menyelamatkan mangsa namun gagal, sebelum menghubungi pasukan penyelamat bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, usaha mencari mangsa sedang dilakukan pasukan penyelamat.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA



Pelajar madrasah dikhuatiri lemas jatuh sungai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button