Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim watak utama drama bersiri popular Sekali Lagi Cinta Kembali.

Mengantikan Idris Khan Dan Amelia Handerson

Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim watak utama drama bersiri popular Sekali Lagi Cinta Kembali.

Bukan kali pertama bekerjasama di dalam sesebuah projek, keserasian Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim terserlah apabila digandingkan sebagai watak utama drama bersiri popular Sekali Lagi Cinta Kembali.

Mencapai Capaian Lebih 3.8 Juta

Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim watak utama drama bersiri popular Sekali Lagi Cinta Kembali.
via Media Prima

Gandingan serasi mereka telah menunjukkan keputusan mantap apabila berjaya meraih sambutan hangat dengan capaian tertinggi sebanyak 3.8 juta penonton menerusi slot Akasia TV3.

Drama ini juga berjaya meraih 559.7 juta tontonan di laman sosial Tiktok dan capaian 476 juta di media sosial sepanjang bersiaran.

Mengantikan Watak Asal Lakonan

Walaupun telah diberi tanggungjawab menggalas watak asal lakonan Idris Khan dan Amelia Henderson dengan masa persediaan yang singkat, Aniq Suhair dan Siti Khadijah telah menghidupkan watak mereka dengan cukup hebat.

Penonton juga telah menularkan tanda pagar #HayRa dan #SepanjangHayyatAira di laman media sosial yang menggabungkan nama watak Hayyat dan Aira sebagai tanda setuju mereka.

Penonton Setuju Gandingan Barisan Pelakon

Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim watak utama drama bersiri popular Sekali Lagi Cinta Kembali.
via Media Prima

Sejak menghiasi slot Akasia TV3 pada 13 September 2022, penonton setia telah menyuarakan pendapat bahawa gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim adalah pilihan tepat oleh pengarah Riza Baharudin dan pihak produksi A. Aida Production.

Nantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran sehingga 20 Oktober 2022 di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama.

Kurung merdeka ByReefa

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading