Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween

Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween

Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween
Kebanyakan negara sudah mula meraikan pesta Halloween.

PESTA Halloween di Bandar Itaewon, Korea Selatan yang mengorbankan ratusan nyawa pada 29 Oktober lalu ternyata menggemparkan masyarakat dunia.

Tragedi hitam itu bermula dengan laporan tentang pengunjung mengalami kesukaran bernafas kira-kira pukul 10.22 malam, waktu tempatan.

Difahamkan, pengunjung yang hadir tidak dapat bergerak disebabkan ribuan manusia membanjiri lokasi berkenaan sekali gus mengakibatkan kesesakan berlaku.



Mungkin disebabkan teruja untuk meraikan pesta yang memperagakan kostum hantu atau ahli sihir selepas seluruh dunia ‘bebas’ wabak Covid-19, maka ramai yang sanggup berpusu-pusu ke lokasi sambutan.

Namun tahukah anda apa sebenarnya Halloween dan kenapa ia disambut?

Halloween ialah suatu tradisi perayaan malam pada setiap 31 Oktober di sebilangan besar negara-negara dunia, terutamanya di negara-negara Barat.

Berasal dari perkataan Hallowe’en, ia merupakan kependekan dari All Hallow’s Eve (malam sebelum hari All Hallow) iaitu hari kebesaran Katolik, Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan pada 1 November.



Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween
Kanak-kanak akan memakai kostum pelik dan berjalan dari pintu ke pintu untuk mendapatkan gula-gula sebagai hadiah.

Malah ia pernah dikenali sebagai All Hallows’ Day, iaitu singkatan dari All Hallowed Souls.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti ‘orang kudus’. Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian pada masa sama digelar sebagai Hari Para Mendiang (Day of the Dead) iaitu meraikan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat yang kembali ke bumi.

Beberapa teori wujud berkenaan asal usul perayaan ini, satu teori ialah Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai (Samhain).

Selain itu, ada juga teori bahawa perayaan Celt ini mengalami pengkristianan, tetapi ada juga yang menganggap Halloween sendiri ialah perayaan Kristian yang terpisah.



Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara, sebelum tersebar ke peringkat antarabangsa pada zaman berikutnya.

 

Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween
Halloween juga dikenali sebagai pesta hantu.

Halloween biasanya dikaitkan dengan hantu, ahli sihir, syaitan, goblin dan makhluk-makhluk ghaib lain kebudayaan barat.

Ia disambut dengan menghiasi rumah dengan simbol-simbol Halloween seperti berpakaian kostum dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dengan meminta gula-gula atau coklat sambil berkata ‘trick or treat!’ (helah atau habuan).



Selain itu, budaya-budaya Halloween lain termasuk ukiran jack-o-lantern, penyalaan unggun api, melakukan jenaka Halloween dan menonton filem-filem seram.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Di samping itu, ibadat dan upacara keagamaan Kristian turut diamalkan sebilangan pihak sempena sambutan ini seperti menghadiri upacara gereja dan melawat kubur-kubur si mati serta berpuasa, sementara pihak lain menganggapnya sebagai perayaan sekular.

Di era moden ini, kebanyakan negara sudah mula menyambut dan meraikan pesta Halloween.

Malah, selain Korea Selatan, tahun ini menyaksikan Indonesia dan Riyadh, Arab Saudi yang turut mengadakan pesta seumpamannya dengan memakai pakaian seram di Boulevard. – Okezone



Halloween berdarah di Seoul

Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button