Meerqeen Cipta Sukses, Kini Berlakon Drama Indonesia

“Satu Penghormatan Besar.”



Meerqeen Cipta Sukses, Kini Berlakon Drama Indonesia
Meerqeen Cipta Sukses, Kini Berlakon Drama Indonesia

Terlebih dahulu mencipta fenomena menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus, pelakon Meerqeen, 21, kini mencipta sukses apabila bakatnya turut menarik perhatian produksi Indonesia.

Bertitik tolak daripada kunjungan pertama untuk sesi bertemu peminat di Jakarta sebelum ini, rezeki Meerqeen terbuka luas apabila diberi kepercayaan untuk menjayakan produksi di sana.

“Memang ini pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan. Saya gembira kerana kerja keras selama ini tanpa disangka membuka mata ramai, termasuk produksi luar yang mula menyedari kehadiran dan mempercayai bakat saya,” katanya.



Meerqeen pada masa sama turut berkongsi pengalaman menjayakan sebuah web drama untuk Bank Rakyat Indonesia.

Jelasnya, web drama berjudul Modus Operandi itu bukan sahaja membuka langkah pertamanya ke sana, tetapi juga memberikan pengalaman baharu untuk terus meneroka peluang kerjasama dengan produksi lain di Indonesia.

Meerqeen Cipta Sukses, Kini Berlakon Drama Indonesia

Meerqeen Cipta Sukses, Kini Berlakon Drama Indonesia

“Sebelum ini, saya ke sana untuk bertemu dengan peminat dan memenuhi pelbagai undangan rancangan TV. Rentetan daripada kunjungan pertama itu, lebih banyak rezeki yang mula terbuka untuk saya mencuba.

“Sudah pasti sebagai pelakon baharu, saya gembira dengan tawaran yang datang. Mereka nampak sesuatu dalam diri saya dan ia merupakan penghormatan yang besar, terutama apabila dapat bekerjasama dengan Bank Rakyat Indonesia,” katanya lagi.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Modus Operandi yang menjalani penggambaran selama seminggu di Jakarta turut dibintangi Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.

Menariknya, Meerqeen diberikan peranan sebagai teraju utama dalam drama berkenaan dan gembira dapat bekerjasama pengarah berpengalaman, Makbul Mubarak.

Meerqeen Cipta Sukses, Kini Berlakon Drama Indonesia

“Memang saya teruja, pada masa sama gemuruh untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Ini merupakan produksi pertama saya di sana dan sedikit sebanyak ada perbezaan ketara, terutama dalam cara kerja.

“Tapi, saya gembira kerana mereka banyak membantu, terutama semasa proses pra-produksi. Kami terlibat dalam sesi latihan bagi melicinkan proses seterusnya. Ini memang memberikan pengalaman berharga buat saya,” tambahnya lagi.



Meskipun drama berkenaan masih belum ditayangkan, Meerqeen bersyukur apabila dirisik beberapa produksi lain yang melihat potensi dirinya untuk terus menyerlah dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Tambahnya, dia masih memikirkan tawaran yang diterima, namun tertarik dengan sebuah produksi yang berminat menggunakan khidmatnya sebagai pengacara untuk sebuah program TV.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan beberapa tawaran yang diterima. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya akan terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.

“Terima kasih kepada semua pihak, terutama peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Tanpa sokongan dan doa semua, tidak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini.



“Kepercayaan yang diberikan ini membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main. Saya mahu serius menjadi insan seni yang disegani,” katanya lagi.

Modus Operandi akan mula ditayangkan pada 4 November ini menerusi saluran youtube BRI (Bank Rakyat Indonesia).

Selagi Orang Nak Tengok Saya Dan Meerqeen – Anna Jobling

Meerqeen Cipta Sukses, Kini Berlakon Drama Indonesia

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker