Suami hilang ’selera’ tengok isteri, tak kurus-kurus lepas beranak… 

Harini niat nak diet, esoknya melantak coklat dan aiskrim



Suami hilang ’selera’ tengok isteri, tak kurus-kurus lepas beranak... 
Lelaki itu mengadu mengenai isterinya yang berubah menjadi gemuk selepas bersalin.

Suami hilang ’selera’ tengok isteri, tak kurus-kurus lepas beranak… 

 RUPA paras bukan segalanya, namun ia juga boleh membawa kepada pergolakan dalam rumah tangga.
Di Twitter, luahan seorang suami mengenai perubahan fizikal isterinya ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam luahan itu, lelaki berkenaan mengadu isterinya gagal menguruskan badan walaupun sudah dua tahun melahirkan cahaya mata.

Wife aku bersalin dua tahun lepas. And since then dia naik berat badan and obese now.

Suami hilang ’selera’ tengok isteri, tak kurus-kurus lepas beranak... 
Lelaki itu hairan apabila isterinya gagal menguruskan badan walaupun sudah dua tahun melahirkan cahaya mata.

“Aku faham dia naik berat sebab pregnant anak aku tapi dah dua tahun, takkanlah tak boleh kurus balik?” soal lelaki itu.

Lebih parah, lelaki itu berkata dia bagaikan hilang ‘selera’ untuk bersama kerana fizikal isterinya yang berisi.

Tambahnya, dia juga ‘pening’ melihat isterinya yang gemar menikmati makanan tidak sihat seperti coklat dan aiskrim.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Aku sayang dia tapi you know dah tak macam dululah. Nak bersama pun aku jadi malas. Aku sayang dia.

Aku faham dia naik berat sebab pregnant anak aku tapi dah dua tahun, takkanlah tak boleh kurus balik?

SUAMI

“Aku just nak dia sihat macam dulu, jaga makan. Apa aku kena buat bagi mental dia kuat nak diet?

“Dia dah ada niat tapi esoknya melantak coklat, aiskrim. Pening aku min (admin),” luah lelaki itu kepada pengendali akaun Twitter @ConfessTweetMY.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa meluat dengan sikap lelaki itu yang dikatakan tidak memahami isteri sendiri.

Malah, netizen turut menuduh lelaki itu sekadar memandang rupa paras sehingga tergamak berfikiran buruk terhadap isterinya.

“Meluat aku dengan jantan macam ni. Jantan jenis macam ni la suka tengok betina lain sebab expectation terhadap wife tinggi.

“Saya rasa abang boleh cuba tukar role dengan bini untuk satu hari. Cuba abang suruh dia pergi gym satu hari dan abang pula ambil alih tugas dia dekat rumah dan jaga anak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Suaminya kurus ke boroi? Apa susahnya, exercise la together. Pergi gym, slow jogging bersama. Then makan pun sama-sama la control with healthy foods. Isteri ni dia nak ada sokongan bersama je. Kalau dia sorang, memang kelaut la diet dia jawabnya,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu, seorang lagi pelayar Twitter mengakui dia menangis selepas membaca posting berkenaan kerana kasihan akan nasib isteri lelaki tersebut.

Suami hilang ’selera’ tengok isteri, tak kurus-kurus lepas beranak... 
Dakwa lelaki itu, isterinya tidak mengamalkan pemakanan sihat.

“Sejujurnya, post ini membuatkan saya menangis semalaman. Tak ada kaitan dengan hidup saya tapi saya empati dengan si isteri. Saya boleh bayangkan betapa sedihnya dia.

“Lelaki kalau naik badan pun, isteri masih nampak suaminya menarik. Saya tak tahu kenapa lelaki bersikap begini?

“Manusia berubah, fizikal berubah. Lelaki, kau kahwini isteri ketika dia berusia 20-an. Ketika dia ditatang bagai minyak penuh oleh ibu bapanya.

“Lumrah kehidupan, dia pasti akan berusia, ada anak dan mungkin ada isu kesihatan. Habis tu, kamu ingat isteri yang kamu kahwini masa umur 20-an akan kekal muda selamanya?” soal wanita itu lagi sehingga menerima lebih 7,000 ulang kicau (retweet).

Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

Suami hilang ’selera’ tengok isteri, tak kurus-kurus lepas beranak… 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker