Tidak ada siapa nampak pelajar didenda – Polis



Tidak ada siapa nampak pelajar didenda - Polis

Tidak ada siapa nampak pelajar didenda – Polis

KEPALA BATAS: Dakwaan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah dekat Tasek Gelugor, di sini, mengenai dirinya didenda seorang guru berikutan memakai kasut jenis berpelekat didapati tidak benar.

Ia selepas hasil siasatan polis ke atas beberapa saksi di sekolah berkenaan mendapati mereka tidak melihat kejadian seperti didakwa berlaku.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, berkata polis menerima laporan yang dibuat pelajar sekolah terbabit pada jam 10.43 malam kelmarin berhubung insiden yang didakwa menimpanya.



“Pelajar yang baru bertukar ke sekolah itu pada bulan lalu mendakwa ketika perhimpunan, dia didenda melutut sambil mengangkat tangan oleh seorang guru kerana memakai kasut jenis berpelekat.

“Dia juga mendakwa ketika dalam perjalanan ke kelas, guru itu turut memotong tali berwarna merah yang dipakai di pergelangan tangan, termasuk menyuruh membuang titik hitam dan tanda putih di dahi pelajar berkenaan.

“Kesemua peristiwa ini kemudian diceritakan kepada bapa pelajar terbabit sebelum mereka datang ke balai membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Bertindak atas laporan itu, katanya, polis ke sekolah berkenaan bagi menjalankan siasatan dan mendapatkan keterangan daripada beberapa pelajar serta guru.



“Kesemua saksi yang ditemu bual memaklumkan mereka tidak nampak kejadian seperti didakwa dan tali merah yang dipakai pelajar itu serta titik hitam dan tanda putih di dahi masih ada selepas tamat waktu persekolahan.

“Polis juga turut menerima laporan polis yang dibuat guru perempuan yang didakwa pelajar terbabit hari ini yang mana guru itu menafikan semua dakwaan terbabit,” katanya.

Mohd Radzi berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar membabitkan kes penghinaan terhadap agama kerana ia boleh menjejaskan keharmonian agama.

“Pihak polis sangat memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terbabit,” katanya yang akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.



Terdahulu, beberapa portal berita melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah didenda dengan diminta melutut sambil mengangkat tangan di atas jalan tar ketika perhimpunan apabila didapati memakai kasut berpelekat.

Berita berkenaan ditulis apabila terdapat satu laporan polis yang dibuat pelajar berkenaan dilaporkan tular di media sosial.

 

 

Tidak ada siapa nampak pelajar didenda – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker