Safawi sertai Ratchaburi FC



Kuala Lumpur: Bukan Terengganu FC, tetapi rupanya Safawi Rasid disahkan akan berhijrah melebarkan sayap ke Liga Thailand dengan menyertai Ratchaburi FC selepas berakhirnya saingan Piala AFF pada Januari depan.

Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana yang disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International hari ini.

Menurut laporan itu, segala perbincangan sudah dimuktamadkan dan tonggak sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya itu bersetuju menyertai kelab itu.

“Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan,” kata Tanawat. “Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,” katanya.



Difahamkan, Safawi akan mengisi kuota pemain Asean di kelab itu, di mana ia akan masuk pada jendela perpindahan kedua pada awal tahun iaitu Januari nanti.

Keinginan tinggi kelab itu untuk memikat Safawi didorong oleh aksi mantap yang diperagakannya ketika membantu skuad Harimau Malaya selain pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan JDT.

Untuk rekod, Liga Thailand bukanlah asing buat pemain negara apabila ramai tonggak tempatan sudah beraksi di negara jiran itu.

Antaranya, Dominic Tan bersama Police Tero dari 2019-2021; Shahrel Fikri dengan Nakhon Ratchasima pada 2018; Junior Eldstal dengan Chonburi FC 2021 dan ramai lagi.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker