Terlupa, tak sempat alasan gagal perbaharui lesen, cukai jalan

Terlupa, tak sempat alasan gagal perbaharui lesen, cukai jalan

Terlupa, tak sempat alasan gagal perbaharui lesen, cukai jalan
Datuk Lokman Jamaan. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Terlupa dan tidak sempat antara alasan lazim diberikan pesalah jalan raya apabila didapati gagal memperbaharui lesen dan cukai kenderaan masing-masing.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan, berkata alasan itu menunjukkan masih ramai pemandu bersikap sambil lewa dalam mematuhi peraturan jalan raya.

“Terlupa dan tidak sempat antara alasan yang kerap kita dengar daripada pemandu apabila pemeriksaan mendapati lesen atau cukai jalan mereka sudah tamat tempoh.



“Sikap ambil mudah sebegini wajar diubah kerana sekiranya mereka terbabit kemalangan, perkara ini kelak akan menyusahkan diri mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar (Timur) Lebuhraya Shah Alam menghala ke Bukit Jalil di sini, hari ini.

Operasi Bersepadu disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), PUSPAKOM Berhad dan konsensi lebuh raya KESAS Sdn Bhd itu membabitkan seramai 183 anggota.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Razali Mohamad dan Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mengenai operasi itu, Lokman berkata, setakat jam 10 malam tadi sejumlah 796 kenderaan diperiksa terdiri 432 kereta dan 187 motosikal, manakala selebihnya kenderaan berat (53), lori (110) dan bas (15).

“Sebanyak 243 kenderaan diambil tindakan dan dikenakan 457 notis serta saman dengan 142 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu serta lesen memandu tamat tempoh.

“Sebanyak 123 saman pula dikeluarkan atas kesalahan tiada cukai jalan dan cukai jalan tamat, manakala 29 saman tiada lesen memandu kenderaan barang-barang (GDL) dan GDL tamat tempoh,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kesalahan lain yang turut dikenakan notis dan saman adalah lebih muatan (10), lampu HID (12), tayar celup atau botak (8), cermin gelap (27), kesalahan teknikal kenderaan (69) dan lain-lain kesalahan (37).



“Dalam operasi ini juga, kita menyita sembilan kenderaan terdiri tiga lori kontena dan enam motosikal.

“Jabatan Imigresen Selangor yang turut sama dalam operasi menahan 11 warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah membabitkan lima warga Myanmar dan enam Bangladesh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi kali ini dijalankan untuk memantau kadar kepatuhan peraturan jalan raya ke arah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas, terutama menjelang cuti persekolahan dan cuti perayaan Krismas pada hujung tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Berdasarkan statistik PDRM bermula Januari hingga September lalu, sebanyak 402,626 nahas jalan raya direkodkan membabitkan 4,379 kematian.



“Angka itu meningkat berbanding 255,532 nahas jalan raya direkodkan pada tahun 2021 dengan 3,324 kematian bagi tempoh sama. Perbandingan data tahun 2021 dan 2022 menunjukkan terdapat peningkatan nahas jalan raya iaitu sebanyak 147,094 kes, manakala angka kematian juga meningkat iaitu seramai 1,055 orang,” katanya.

Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

Terlupa, tak sempat alasan gagal perbaharui lesen, cukai jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button