Perlukah DS Najib Jalani Tempuh Hukuman Penjara Tertentu Sebelum Mendapat Pengampunan?

Benarkah DS Najib Jalani Tempuh Hukuman Penjara Tertentu Sebelum Mendapat Pengampunan?

Perlukah DS Najib Jalani Tempuh Hukuman Penjara Tertentu Sebelum Mendapat Pengampunan?

DS Najib akan mengemukakan penghakiman YA Hakim Abdul Rahman Sebli sebagai sokongan untuk mendapatkan Pengampunan Di Raja.

Perkara tersebut dinyatakan oleh ketua panel peguambela DS Najib, TS Shafie Abdullah.



Dalam penghakiman YA Hakim Abdul Rahman Sebli mempunyai pendapat yang sama dengan peguambela bahawa DS Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil tahun lepas.

Baca di sini:

http://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1085535/kenyataan-hakim-mahu-najib-dibebaskan-jadi-sokongan-pengampunan

Sejak itu polemik mengenai kelayakan DS Najib untuk mendapatkan pengampunan menjadi hangat semula di media sosial.



Ada pendapat yang mengatakan DS Najib layak mendapat Pengampunan Di Raja.

Ada pula pihak yang mengatakan kononnya mengikut perlembagaan, DS Najib masih belum layak mendapat pengampunan.

Hujah mereka adalah DS najib perlu menjalani sekurang-kurangnya 1/3 dari tempoh hukuman penjara atau lebih tepat 4 tahun.

Tetapi tidak pula dinyatakan, perkara berapa dan akta mana yang menyatakan perkara sedemikan.



Pengampunan Di Raja Seperti Di Dalam Perlembagaan

 

Pengampunan Di Raja adalah YDP Agong atau Raja bagi setiap negeri yang mempunyai raja boleh memberikan pengampunan kepada mana-mana banduan yang disabitkan kesalahan mereka oleh mahkamah.

Bagi kes sabitan bagi negeri yang mempunyai raja, kuasa pengampunan dimiliki oleh raja negeri berkenaan.

Dan bagi DS Najib, mahkamah yang menjatuhkan hukuman kepada beliau adalah Mahkamah Putrajaya.



Oleh itu kuasa pengampunan adalah dari YDP Agong.

Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara42-Ma.Html



Pihak Yang Layak Mengemukakan Petisyen Pengampunan

 

Perlukah DS Najib Jalani Tempuh Hukuman Penjara Tertentu Sebelum Mendapat Pengampunan?

4 pihak yang layak untuk mengemukakan petisyen Pengampunan Di Raja:

  1. Banduan
  2. Ahli Keluarga
  3. Peguam
  4. Jabatan Penjara

Mengikut Peraturan Penjara 2000, terdapat 3 Peraturan Penjara yang berasingan yang membenarkan pihak yang berkelayakan untuk mengemukakan petisyen pengampunan:



  1. Peraturan Penjara 54 (Jabatan Penjara)
  2. Peraturan Penjara 113 (banduan, ahli keluarga, peguam dan Jabatan Penjara)
  3. Peraturan Penjara 114 (banduan, ahli keluarga dan Jabatan Penjara)

Namun Peraturan Penjara 114, Peraturan Penjara 2000 dikhaskan kepada banduan yang menerima hukuman mati.

Baca di sini:

Peraturan Penjara 2000

Peraturan Penjara 54, Peraturan Penjara 2000

Yang dimaksudkan DS Najib perlu menjalani hukuman sekurang-kurangnya 4 tahun adalah tertakluk di bawah Peraturan Penjara 54, Peraturan Penjara 2000.

Ini adalah peruntukan yang dikhaskan kepada Jabatan Penjara sahaja berdasarkan kepada penilaian pihak penjara ke atas banduan.

Dan memang benar, penilaian hanya akan dibuat selepas banduan menjalani tempoh hukuman 4 tahun ke atas.

Dan hanya banduan yang dihukum penjara melebihi 7 tahun ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan.

Ianya tidak ada kena mengena dengan Peraturan Penjara 113 dan Peraturan Penjara 114.

Peraturan Penjara 113, Peraturan Penjara 2000

 

Peraturan Penjara 113, Peraturan Penjara 2000 menyatakan:

‘Seseorang banduan boleh, jika dikehendakinya, membuat petisyen kepada YDP Agong, mengenai hukumannya, sekali dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas sabitannya.’

‘Petisyen sedemikian yang kedua hendaklah dibenarkan apabila seseorang banduan telah menyempurnakan tiga tahun dari tarih sabitan.’

‘Dan sesudah itu petisyen sedemikian hendaklah diberikan pada lat tempoh dua tahun.’

Dalam artikata lain, petisyen pengampunan pertama BOLEH dihantar sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman.

Sekiranya Lembaga Pengampunan menolak, maka petisyen kedua hanya boleh dihantar selepas tiga tahun dari tarikh sabitan.

Timbul perdebatan bahawa DS Najib sudah pun menghantar petisyen pengampunan yang pertama pada 2 September 2022.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/878831/najib-fail-petisyen-pengampunan

Jadi menurut mereka, DS Najib perlu menunggu sehingga tiga tahun untuk menghantar petisyen yang kedua.

Benar, DS Najib sudah menghantar petisyen yang pertama, tetapi Lembaga Pengampunan belum bersidang sama ada menerima atau menolak petisyen tersebut.

Sebab itu TS Shafie membuat kenyataan, penghakiman YA Hakim Abdul Rahman Sebli akan dihantar sebagai sokongan kepada petisyen pengampunan DS Najib.

Bukannya menghantar petisyen yang baharu.

Dan tempoh tiga tahun itu hanya terpakai selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan menolak petisyen pengampunan.

Tetapi dalam kes DS Najib, Lembaga Pengampunan belum lagi membuat keputusan, tidak timbul soal perlu menunggu tiga tahun.

Kepada seteru politik DS Najib dan penyokong mereka, berlaku adil kepada DS Najib.

Kita semua sangat maklum mengenai kecelaruan dalam proses perbicaraan kes SRC yang melibatkan DS Najib.

Beliau sudah dinafikan hak untuk mendapatkan keadilan dalam perbicaraan.

Janganlah hak beliau untuk mengemukakan petisyen pengampunan juga dinafikan.

 

Perlukah DS Najib Jalani Tempuh Hukuman Penjara Tertentu Sebelum Mendapat Pengampunan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button