2 beradik melecur ‘tersiram’ asid cuci paip sinki tersumbat

2 beradik melecur ‘tersiram’ asid cuci paip sinki tersumbat

2 beradik melecur 'tersiram' asid cuci paip sinki tersumbat
Keadaan Haidar yang melecur tahap tiga akibat terkena soda berisi asid yang digunakan untuk membaiki paip sinki tersumbat. Foto ihsan Nurul Shaszamul Hidayah Mohd Sham

Serdang: Dua beradik melecur selepas terkena serbuk soda mengandungi asid yang digunakan jirannya untuk membaiki paip sinki rumah yang tersumbat malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam di sebuah pangsapuri di Kota Perdana, dekat Seri Kembangan, di sini, dengan mangsa, Muhammad Haidar Munir yang berusia sembilan tahun dilapor melecur pada dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, mengesahkan keadaan mangsa yang cedera dengan kesan melecur tahap tiga, namun dilaporkan stabil.



Katanya, selain mangsa yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), adik perempuannya yang berusia tujuh tahun turut melecur pada paha kanan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan keterangan ibu mangsa kejadian berpunca serbuk soda mengandungi asid yang digunakan seorang jiran di rumah tingkat atas pada saluran paip sinki.

“Pemilik rumah terbabit iaitu seorang lelaki tempatan dipercayai menggunakan serbuk soda yang dibeli dalam talian itu untuk membersihkan saluran paip sinki yang tersumbat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kes disiasat kini mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya



Dalam pada itu, ibu mangsa, Nurul Shaszamul Hidayah Mohd Sham, 32, berkata kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga mahu menikmati makan malam.

“Ketika itu, Haidar yang juga anak ketiga saya sedang menggoreng telur di dapur ditemani adiknya, Marissa Nur Humaira Munir yang berusia tujuh tahun.

“Tiba-tiba, kami terdengar letupan kuat di dapur. Kami sangkakan bunyi gas memasak meletup sebelum terhidu bau asid kuat dan kedengaran Haidar mengerang kesakitan.

“Saya terus berlari ke dapur dan mendapati paip sinki jiran di bahagian siling dapur meletup dan terdapat asid di dalam kuali digunakan Haidar untuk menggoreng telur,” katanya.



Nurul Shaszamul berkata, suaminya kemudian membantu Haidar dan bergegas membawanya ke Hospital Serdang sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Azizah, di sini.

Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

2 beradik melecur ‘tersiram’ asid cuci paip sinki tersumbat

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading