Sektor pelancongan kena siap siaga berdepan bencana
Sektor pelancongan kena siap siaga berdepan bencana
Pandemik COVID-19 dianggap kejutan besar yang hampir melumpuhkan industri pelancongan dunia dalam tempoh 48 bulan antar 2020 hingga 2022.
Namun, dedikasi badan dunia bersama sokongan negara global berjaya mengawal penularan COVID-19 daripada terus mengganas, sekali gus memberi nafas baharu kepada seluruh industri penting termasuk pelancongan.
Dalam konteks Malaysia, sektor pelancongan dijangka terus meningkat dan berkembang dengan jangkaan menerima kunjungan 15 juta pelancong antarabangsa pada tahun ini walaupun negara masih berada dalam fasa peralihan ke endemik.
Berikutan dengan itu, kesiapsiagaan sektor ini dalam menghadapi sebarang musibah seperti banjir atau wabak penyakit sangat penting bagi mencapai sasaran dijangkakan.
Banjir besar saban tahun contohnya amat memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan di negara ini. Banjir menyebabkan kerosakan kemudahan pelancongan seperti hotel, restoran dan tempat tarikan pelancong, seterusnya mengurangkan jumlah kunjungan pelancong ke satu kawasan terbabit.
Banjir juga membahayakan keselamatan pengembara, mungkin menghalang pelancong ke kawasan tumpuan yang dilanda banjir. Ini boleh menyebabkan penurunan jumlah kunjungan pelawat, sekali gus menjejaskan pendapatan sektor pelancongan.
Secara keseluruhan, banjir atau bencana alam boleh menyebabkan kerugian kewangan besar kepada penggiat sektor pelancongan, tambahan pula ia mengambil masa dan usaha besar untuk memulihkan semula kerugian ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia makin parah, Tidak mendakwa Zeti dan Nazlan mungkin antara penyebab.
- Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
- Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar
- Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa
- Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.
- ‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?
Bagaimanapun, kerajaan dan pihak berkaitan boleh berkolaborasi bagi mengatasi masalah ini dan memulihkan semula sektor pelancongan negara.
Mendepani jangkaan bencana alam ini, kesiapsiagaan dalam sektor pelancongan adalah inisiatif penting bagi mengatasi masalah ini.
Kesiapsiagaan dalam industri pelancongan atau tourism readiness merujuk kemampuan sebuah destinasi atau industri pelancongan menangani situasi darurat atau bencana serta menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelancong.
Ini termasuk mengelola risiko dan mengambil tindakan awalan bagi mencegah atau mengurangi impak negatif bencana alam, menjamin keamanan pelancong dan insan serta persekitaran kesihatan terkawal.
Beberapa contoh tindakan kesiapsiagaan dalam industri pelancongan adalah meliputi aspek merencana pelan jangkaan untuk menangani situasi darurat seperti bencana alam sama ada banjir, tanah runtuh dan ribut taufan.
Dalam hal ini, kerajaan boleh menyediakan fasiliti dan bantuan kesihatan sesuai untuk menangani masalah kesihatan mungkin terjadi kepada pelancong seperti berlaku serangan wabak seperti COVID-19 sebelum ini.
Pembangunan sistem maklumat cepat dan efektif juga wajar untuk menyebarluaskan laporan terkini keadaan semasa dan arahan pemindahan kepada pelancong jika berlaku perkara tidak diingini seperti bencana alam, kekacauan dan wabak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
Bagi memastikan penggiat industri sentiasa bersedia dengan perkara luar jangka, setiap pekerja dalam industri pelancongan perlu diwajibkan mengikuti latihan kemahiran kaedah menangani situasi bencana dan menjaga keselamatan pelancong sebagai langkah awal.
Apa yang penting, kesiapsiagaan penggiat industri pelancongan berdepan bencana dan perkara luar jangka menjadi satu prosedur perlu diutamakan bagi menjamin sektor ini kekal lestari dan mampan.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
China siap siaga hadapi ancaman perang
Sektor pelancongan kena siap siaga berdepan bencana
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?