Resepi Kuih Keria
Resepi Kuih Keria, sedap untuk dimakan pada waktu petang bersama teh o panas. Juga juadah yang lazat untuk berbuka puasa.Sila klik di sini sekiranya anda ingin mencari Kuih Keria Gula Melaka
Bahan-bahan:
- 600g keledek putih atau merah
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- Bahan untuk sira:
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan air
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk keria:
- Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian. Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
- Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
- Bulatkan doh dan buat lubang di tengah. Goreng sehingga kekuningan.
- Cara-cara untuk sira gula:
- Masukkan gula dan air di dalam periuk. Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
- Sejukkan dan hidang.
Tip:
- Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.
Resepi Kuih Keria
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
- Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara
- Bolehkah PN menang PRN jika hari-hari KJ kutuk dan kritik Presiden Bersatu dan PAS?
- Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
- Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?
- Bawa Reputasi sebagai Perdana Menteri bawah kawalan Muhyiddin sukarkan Ismail Sabri untuk bertanding.
- Ismail Sabri ibarat ‘Rumah siap, pahat berbunyi’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tingkat 36 tempatkan Sekreteriat Kerajaan Perpaduan