Flat sarang warga asing diserbu, 57 ditahan

Flat sarang warga asing diserbu, 57 ditahan

Flat sarang warga asing diserbu, 57 ditahan
Sebahagian daripada 57 warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah flat di Pasir Gudang. – Foto ihsan JIM

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen menahan 57 warga asing dalam serbuan di sebuah flat yang menjadi ‘sarang’ golongan itu dekat Paisr Gudang, di sini, tengah malam tadi.

Serbuan sempena Ops Sapu kira-kira jam 12.20 tengah malam itu adalah yang kedua membabitkan lokasi sama, selepas kali pertama ia diserbu tahun lalu.

Dalam serbuan semalam, semua warga asing termasuk lapan wanita ditahan berusia antara 19 hingga 64 tahun kerana didapati tiada dokumen pengenalan diri saha, termasuk ada yang tinggal lebih masa di negara ini.



Pengarah Imigresen negeri, Baharuddin Tahir berkata, operasi hasil risikan seminggu selepas menerima aduan orang awam mengenai kewujudan warga asing yang menimbulkan kegusaran komuniti setempat.

“Dalam serbuan ini 374 warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, India dan Filipina diperiksa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




Flat sarang warga asing diserbu, 57 ditahan
Warga asing cuba bersembunyi untuk mengelak ditahan dalam serbuan di sebuah flat di Pasir Gudang. – Foto ihsan JIM
Flat sarang warga asing diserbu, 57 ditahan
Sebahagian daripada 57 warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah flat di Pasir Gudang. – Foto ihsan JIM

“Daripada jumlah itu seramai 24 warga Pakistan, diikuti 21 warga Indonesia termasuk lapan wanita; lapan warga Bangladesh; tiga Nepal dan seorang warga India ditahan,” katanya menerusi kenyataan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

Semua yang ditahan ditempatkan di Depoh Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Baharuddin turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membuat aduan dan mengambil berat terhadap isu berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).



Flat sarang warga asing diserbu, 57 ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button