Resepi Sayur Bayam Tumis Air

Resepi Sayur Bayam Tumis Air
Resepi Sayur Bayam Tumis Air

 

Resepi Sayur Bayam Tumis Air yang cukup mudah dan juga sangat berkhasiat. Untuk resepi ini Che Nom gunakan udang segar, tapi boleh juga digantikan dengan ikan bilis atau udang kering. Sayur yang dimasak sebegini sememangnya membuka selera dan cukup sedap walaupun cuma dimakan bersama lauk seperti ikan mahupun ayam goreng sahaja.

 

Bahan-bahan:

 



  • 1 ikat bayam, potong kecil dan asingkan batang yang lembut
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 6-7 ekor udang, buang kulit
  • cili merah
  • garam secukup rasa
  • 1-2 sudu besar minyak masak

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah bersama bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang dan kacau seketika sehingga separuh masak.
  3. Masukkan bahagian batang bayam dan masak sehingga lembut.
  4. Masukkan pula bahagian daun bayam serta diikuti air secukupnya.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, cili merah dan garam secukup rasa. Rebus hingga mendidih dan tutup api.

 

Tip:

 



  • Jangan masak terlalu lama kerana sayur akan melecur dan kurang khasiatnya.

 

Resepi Breakfast Bar

Resepi Sayur Bayam Tumis Air

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button