Wanita parah, kereta langgar kerbau

Wanita parah, kereta langgar kerbau

Wanita parah, kereta langgar kerbau
Keadaan kerbau yang melambung dan menghempap kereta Volkswagen dalam kejadian kemalangan di Pasir Puteh.- Foto NSTP/ Ihsan pembaca

PASIR PUTEH: Seorang wanita cedera parah selepas kereta jenis Volkswagen yang dinaiki berlanggar dengan seekor kerbau dalam kejadian di KM 2.6 Jalan Bypass Pasir Puteh ke Tok Bali, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11 malam tadi, suami dan tiga anak wanita itu turut cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa berusia 27 tahun.



Ketika kejadian mangsa berada di bahagian hadapan penumpang manakala kereta dipandu suami mangsa serta tiga anak mangsa berada di bahagian belakang.

“Pelanggaran itu menyebabkan haiwan itu melambung dan menghempap bumbung kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Zaizul berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita masih jalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian,” katanya.



Bagi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik,Sarjan Mohd Jailani Mokhtar di talian 019-9899469.

 

Mercedes, Volkswagen terbakar



Wanita parah, kereta langgar kerbau

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button