Resepi Roti goreng kasihnya abang
Resepi Roti goreng kasihnya abang
Kalau beli sebiji Rm3.
Jadi abang buat je lah sendiri lebih jimat dan puas makan utk mak dan adik2.
Buat makan pagi dan makan petang boleh je.. sangat sedap.
Okay sebabkan ramai sgt nk resepi abang sertakan sekali.
Mula2 buat isi dalam dia dulu.
Tumis bawang besar dan bawang putih potong dadu..
Dah kekuningan masukkan daging Burger Ramli tu..
Tumis sampai masak daging tu
Bancuh serbuk kari dgn air
Masukkan bancuhan tu ke dalam kuali tadi
Perasakan ( seeloknya bagi masin sikit biar sedap sbb roti tu tawar)
Ikut citarasa korang lah
Nak tambah kentang potong dadu pun boleh, tambah daun kali pun boleh supaya wangi kari tu..
Dah masak ketepikan ye..
Belah tepi roti dan masukkan inti tadi tu..
letak lebih supaya lebih sedap…
Tambah sos cili kt dalam inti tu.
Lepas tu bungkus pakai kulit popiah.. buat bancuhan tepung gandum dgn air suam.. rendam roti dalam bancuhan tepung td lepas tu boleh lah balut.
Siap balut boleh lah terus goreng dan siap utk dihidangkan..
Kalau inti tu ada lebih boleh tambah telur olah jadikan roti John..
Buat tu biar lah lebih boleh kongsi dgn saudara dan jiran2 terdekat..
Tidak akan miskin org yg selalu kongsi rezeki dgn saudara dan jiran2nya..
Selamat mencuba..
Resepi mee kari ‘Chinese Style’.
Resepi Roti goreng kasihnya abang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja
- Muhyiddin Beri Helah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden PPBM
- Kluster Broker UMNO masuk gua apabila sekutu Bunga mereka didakwa
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor