Zambry bertemu rakan sejawat di London bincang pelbagai isu bersama

Zambry bertemu rakan sejawat di London bincang pelbagai isu bersama

Zambry bertemu rakan sejawat di London bincang pelbagai isu bersama

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berpeluang mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Britain, James Cleverly bersempena lawatan kerjanya selama tiga hari ke London bermula kelmarin.

Menerusi kenyataan pejabat beliau di sini hari ini, kedua-dua pemimpin itu membincangkan usaha peningkatan hubungan dua hala selain turut meneroka pelbagai ruang kerjasama strategik antara Malaysia dan Britain.



Zambry mengetuai delegasi Malaysia dan julung kali menyertai resepsi sambutan Hari Komanwel 2023 yang dianjurkan Pertubuhan Komanwel di ibu kota England itu Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Zambry menambah, perbincangan dengan Cleverly itu turut meliputi bidang keselamatan, perdagangan dan pelaburan, teknologi hijau serta ekonomi digital selain mengetengahkan isu minyak sawit yang merupakan salah satu eksport penting Malaysia termasuk isu rantau Indo-Pasifik.

Malaysia yang mula menyertai Komanwel sejak merdeka 66 tahun lalu merupakan ahli aktif, malah pernah menganjurkan beberapa program besar pertubuhan tersebut antaranya ialah Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel Ke-11 pada 1989 lepas dan pernah muncul sebagai negara benua Asia pertama menjadi hos Sukan Komanwel pada 1998.

Penyertaan Malaysia sebagai anggota Mesyuarat Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel pada 2018 turut menyerlahkan komitmen negara ini dalam organisasi tersebut.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Bahkan, diplomat kanan Malaysia, Datuk Sudha Devi KR Vasudevan juga disambung tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Yayasan Komanwel sejak 2021 sehingga 2024 kelak.

Komanwel yang ditubuhkan pada 1949 lalu ini merupakan badan ketiga terbesar di dunia selepas Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam dari segi keahlian dan ketika ini mempunyai 56 anggota termasuk dari negara bukan bekas jajahan Britain, malah sejumlah 13 lagi negara juga berminat memohon menyertai organisasi berkenaan. – UTUSAN

Zambry buat lawatan rasmi pertama ke Indonesia



Zambry bertemu rakan sejawat di London bincang pelbagai isu bersama

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button