Parti Pheu Thai kini jadi tumpuan, Thailand masih menanti PM baharu

Parti Pheu Thai kini jadi tumpuan, Thailand masih menanti PM baharu

Parti Pheu Thai kini jadi tumpuan, Thailand masih menanti PM baharu
Naib Ketua Parti Pheu Thai, Phumtham Wechayachai (kiri) dan Ketua Parti, Cholnan Srikaew pada sidang media di Bangkok, Thailand. – FOTO AFP

Bangkok: Tumpuan kini terarah kepada Parti Pheu Thai yang kini mengetuai gabungan lapan parti dalam usaha membentuk kerajaan ketika Parlimen dijadual bersidang semula Khamis depan untuk memilih perdana menteri baharu Thailand.

Pheu Thai, parti kedua terbesar dalam gabungan itu memenangi 141 kerusi, mengambil alih tanggungjawab berkenaan selepas Pita Limjaroenrat dari Parti Move Forward (MPF) gagal mendapat sokongan yang mencukupi pada 13 Julai untuk dilantik sebagai perdana menteri baharu.

Undian enam hari kemudian memutuskan bahawa beliau tidak boleh dicalonkan untuk kali kedua, menamatkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.



Gabungan yang terdiri daripada MFP, Pheu Thai, Prachachat, Thai Sang Thai, Pheu Thai Rumphlang, Parti Liberal Thai, Parti Adil dan Plung Sungkom Maia, secara kolektif memperoleh 312 kerusi daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.

Ia memerlukan sokongan tambahan sekurang-kurangnya 375 undi daripada 749 anggota Parlimen dwidewan untuk membentuk kerajaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Bagaimanapun, gabungan itu menghadapi cabaran yang hebat, kerana beberapa parti politik lain enggan menyokongnya.

Pada masa ini, terdapat sekurang-kurangnya empat parti yang mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai gabungan pimpinan Pheu Thai selagi MFP yang memenangi pilihan raya Thailand berada dalam pakatan itu.

Mereka ialah Parti Bhumjaithai, yang memenangi 71 kerusi, Parti Palang Pracharath (PPRP) (40), United Thai Nation (UTN) (36) dan Chart Thai Pattana (10).

Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul berkata parti itu tidak akan menyertai mana-mana kerajaan gabungan MFP kerana dalam kempen mereka berjanji meminda Perkara 112 Kanun Jenayah atau undang-undang lese-majeste.



“Parti Bhumjaithai tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai dasar untuk meminda Perkara 112 Kanun Jenayah. Kami juga tidak menyokong kerajaan minoriti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah


“Adalah jelas bahawa MFP adalah satu-satunya parti yang telah mencadangkan pindaan Perkara 112 Kanun Jenayah, dan ia tidak berhasrat untuk berundur,” katanya sambil menambah bahawa Pheu Thai masih belum menghubungi parti itu.



Sementara itu, ketua parti UTN, Peeraphan Salirathaviphak berkata partinya tidak akan menyertai gabungan pimpinan Pheu Thai atau menyokong calon perdana menterinya jika MFP menjadi sebahagian daripada gabungan itu.

“UTN tidak percaya bahawa MFP akan mengubah ideologi politiknya, seperti yang dibuktikan oleh aktiviti politiknya yang lalu.

“Apabila Parlimen bermesyuarat untuk mengundi perdana menteri akan datang, jika MFP kekal dalam gabungan itu, UTN tidak akan mengundi calon blok ini,” tulisnya di laman Facebooknya.

Pemimpin Carta Thai Pattana, Varawut Silpa-arch berkata bahawa partinya akan mengundi calon perdana menteri Pheu Thai jika gabungan itu tidak bekerjasama dengan mana-mana parti yang telah berjanji meminda undang-undang lese-majeste.



Pemimpin Parti Pheu Thai Cholnan Srikaew berkata parti itu akan mendapatkan sokongan tambahan daripada 250 anggota senat yang dilantik tentera serta parti di luar gabungan itu.

Parti Pheu Thai mencalonkan tiga nama untuk calon perdana menterinya: pemilik hartanah Srettha Thavisin, Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra; dan Chaikasem Nitsiri, ketua strategi parti.

Srettha berusia 60 tahun yang baharu menceburi arena politik dan aktif tahun lepas, sangat dinanti-nantikan untuk menjadi calon parti itu bagi jawatan ketua eksekutif negara.

Parti Pheu Thai kini jadi tumpuan, Thailand masih menanti PM baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading