Pekerja lebuh raya maut digilis treler

Pekerja lebuh raya maut digilis treler

Pekerja lebuh raya maut digilis treler
Seorang pekerja penyelenggaraan maut ketika sedang memasang kon dalam kejadian langgar lari di Kilometer 63.5 Lebuhraya Utara Selatan, awal pagi tadi. – Foto tular

KLUANG: Seorang pekerja penyelenggaraan maut selepas digilis sebuah treler ketika sedang meletakkan kon di Kilometer 63.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, K Krishnan Kutty, 51, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata, saksi yang juga rakan sekerja mangsa berkata, Krishnan dilanggar sebuah treler ketika sedang berjalan kaki di kawasan berkenaan.



“Siasatan awal mendapati, sebuah treler yang masih belum dikenal pasti dalam perjalanan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, treler itu merempuh mangsa yang sedang bekerja di tempat kejadian. Mangsa ketika itu berjalan di luar garisan lorong kecemasan dan di luar kon semasa kerja pembaikan jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




“Treler terbabit terus bergerak meninggalkan tempat kejadian dan rakan kerja mangsa tidak dapat mengenal pasti jenis dan nombor pendaftaran treler berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kawasan kejadian ketika itu gelap tanpa lampu jalan dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk proses selanjutnya. Mangsa beralamat di Yong Peng, Batu Pahat adalah pekerja sub kontraktor lebuhraya berkenaan,” katanya.

Pekerja lebuh raya maut digilis treler

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading