Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran

Baghdad: Perintah berkurung dikeluarkan di Kirkuk, utara Iraq pada Sabtu selepas pertempuran membabitkan Kurd, Arab dan Turkmen.
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia’ al-Sudani, yang juga mengetuai angkatan bersenjata Iraq, mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.
Al-Sudani menegaskan bahawa pasukan keselamatan “mesti tegas dalam memberkas sesiapa sahaja yang berani menggugat keselamatan Kirkuk, dan mana-mana individu tidak dibenarkan membawa senjata sama sekalu kecuali perkhidmatan keselamatan,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh angkatan tentera Iraq.
Pertempuran itu tercetus pada Sabtu apabila Arab dan Turkmen yang membantah rancangan mengembalikan Parti Demokratik Kurdistan (KDP) ke ibu pejabat lamanya di Kirkuk, bertempur dengan Kurdis di tapak itu.
Saad al-Baiyati, seorang pegawai dari polis wilayah Kirkuk, memberitahu Xinhua bahawa kedua-dua pihak bertempur di hadapan bekas ibu pejabat KDP, menyebabkan pasukan keselamatan campur tangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
Bagaimanapun, tembakan disyaki dilepaskan dari pihak Kurdish, menyebabkan pasukan keselamatan bertindak balas hingga mengakibatkan kematian seorang penunjuk perasaan Kurdish manakala seorang lagi cedera, menurut al-Baiyati.
Pertempuran itu adalah yang terbaharu dalam beberapa siri ketegangan antara Kurdis, Arab dan Turkmen di Kirkuk, sebuah bandar yang dituntut oleh kedua-dua wilayah Kurdistan dan kerajaan pusat di Baghdad.
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?