Munirah maut akibat luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah

Munirah maut akibat luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah

Munirah maut akibat luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah
Munirah Abu Bakar, jururawat yang ditikam hingga maut oleh suaminya.

ARAU: Polis mengesahkan kematian jururawat yang ditikam oleh suaminya di kediaman mereka di Padang Nyu, Arau, Sabtu lalu disebabkan luka tikaman hingga ke hati serta bahagian dalaman pembuluh darah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Mohd Rodi berkata, keputusan itu diperoleh hasil proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan keputusan autopsi yang dibuat di HSB, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, maut akibat mengalami luka tikaman hingga ke hati serta dalaman pembuluh darah (vena kava) atau ‘stab wounds to the liver and inferior vena cava’.



“Namun, setakat ini, kita belum memperoleh laporan keseluruhan proses bedah siasatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Mohsin berkata, pihaknya menolak kemungkinan melakukan analisis psikiatri terhadap suspek yang juga suami mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Ini kerana, katanya, tiada keperluan untuk membuat penilaian psikiatri terhadap suspek.

“Kita juga mendapati suspek positif dadah methamphetamine ketika kejadian berlaku.

“Pengaruh dadah bukanlah dikatakan penyebab kepada kejadian, namun ketika saringan ujian air kencing suspek dilakukan, kita mendapati ia positif dadah methamphetamine,” katanya.

Suspek kini masih dalam reman sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Munirah maut akibat luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button