Foden nikmati musim mengagumkan

Foden nikmati musim mengagumkan

Foden nikmati musim mengagumkan
FODEN (tengah) cemerlang meledak dua gol ketika menewaskan Brighton 4-0 awal pagi semalam. – MAN CITY

BRIGHTON – Pemain sayap sensasi Manchester City, Phil Foden terus cemerlang apabila kali ini meledak dua gol ketika menewaskan Brighton 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex awal pagi ­semalam.

Foden, 23, kini sudah meledak 16 gol EPL dan keseluruhan 24 gol daripada semua kejohanan bersama City musim ini yang mana ia adalah penca­paian terbaiknya sepanjang tujuh ­tahunnya bersama juara Eropah tersebut.

Kecemerlangan bintang muda England itu turut menyaksikan The Citizens melonjak ke tangga kedua dan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, namun masih berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.



“Saya bernasib baik mendapat gol kedua dalam perlawanan ini, tetapi situasi itu membolehkan kami menyesuaikan diri kerana mendahului lawan 3-0 di babak pertama,” kata Foden.

Biarpun turun tanpa peng­gempur utama, Erling Haaland, namun ia tidak menjadi masalah buat skuad bimbingan Pep Guardiola itu yang meraih dua lagi gol menerusi Kevin De Bruyne dan Julian Alvarez.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM




Malah, Foden turut menjadi pemain ketiga berusia bawah 23 tahun di bawah bimbingan Guardiola berjaya menjaringkan 50 gol dalam kariernya selepas Lionel Messi dan Haaland.

Sementara itu, De Bruyne enggan menganggap mereka kini berkelebihan besar untuk mencipta sejarah baharu menjuarai EPL buat kali keempat ber­turut-turut selepas memenangi­nya pada 2020/21, 2021/22 dan 2022/23. – AGENSI

Foden nikmati musim mengagumkan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading