SOPHIA Albarakbah Tak perlu kontroversi murahan

SOPHIA Albarakbah Tak perlu kontroversi murahan

"</p

SOPHIA Albarakbah, nama yang sering kali dihambat dengan kontroversi dan cerita panas, kini berada dalam fasa penggambaran filem terbaharu yang menggabungkan elemen komedi dan seram yang berjudul Saka Perawan.

Seiring dengan kariernya yang penuh warna dalam dunia seni peran, Sophia menjadi seorang figura yang hangat diperkatakan, sentiasa dihambat kontroversi dan watak yang mencetus perbincangan.



Berkesempatan bertemu pelakon jelita ini, Sophia berkongsi lebih lanjut mengenai perjalanan dan pencapaiannya serta melihat apa yang mungkin membawa dia ke arah yang berbeza dalam projek terbarunya ini.

“Nama watak saya dalam filem ini adalah sebagai Putri Shahora atau Ra. Dia adalah anak kedua daripada tiga beradik dan seorang yang lemah semangat.

SOPHIA Albarakbah Tak perlu kontroversi murahan

“Kalau diikutkan, untuk genre komedi seram, ini adalah filem ketiga lakonan saya selepas Ada Hantu 1 dan Ada Hantu 2,” katanya.



“Sebelum ini, watak yang saya mainkan bukan dalam naskhah bergenre komedi sebegini. Kalau ini, saya dikelilingi mereka yang cukup dikenali sebagai pelakon komedi.

“Jadi, kami barisan pelakon utama bukan pelakon komedi. Tapi, ada juga beberapa babak yang menyaksikan tindak tanduk kami yang akan mencuit hati,” katanya.

Berkongsi mengenai cabaran untuk menjayakan watak Ra, ia lebih kepada menahan emosi untuk tidak ketawa tatkala dikelilingi pelawak profesional.

“Susah juga nak tahan ketawa apabila dikelilingi mereka yang memang lucu. Tapi, saya rasa sangat seronok dapat bekerja dengan mereka yang sudah berpengalaman dalam industri.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi


“Memang gementar juga untuk bergandingan dengan mereka yang sudah cukup berpengalaman ini.

“Boleh saya katakan, set ini adalah set yang sangat berbeza berbanding set penggambaran lain. Ia satu pengalaman menarik buat saya secara peribadi,” katanya.



Berkongsi mengenai kontroversi yang tidak pernah putus mengejar dirinya, Sophia berkata, dia tidak pernah berminat dengan kontroversi murahan ini.

“Dari dulu lagi, saya tak buat apa-apa pun, tapi, orang lain yang wujudkan kontroversi dan masukkan nama saya dalam kontroversi mereka. Sedikit sebanyak, orang luar akan fikir, itu adalah kontroversi saya.

“Saya tak berminat dengan kontroversi murahan seperti ini. Bagi saya, dalam industri ini, biar orang bercakap mengenai naskhah lakonan dan hasil kerja saya.

“Tapi, sesetengah orang mungkin lebih suka menaikkan nama mereka dengan ‘benda’ remeh sebegini. Jangan kaitkan nama saya kalau itu pilihan kamu untuk naikkan nama kamu. Saya rasa, itu sangat merepek,” katanya.



Sophia bagaimanapun enggan menghakimi sesiapa atas pilihan mereka dalam memaju kehidupan mahupun karier mereka.

“Saya bukan jenis yang nak naikkan nama dan buat ‘benda’ bodoh. Mungkin sesetengah orang, kurang bijak. Tapi, itu pilihan dan cara mereka dan saya tak hakimi mereka.

“Tapi, bagi saya, saya nak naikkan hasil kerja dan fokus kepada kerjaya saya sahaja.

“Orang yang menyokong saya pun, mereka ada otak dan ada mata untuk menilai. Mereka boleh berfikir dengan logik. Jadi, sebab itu saya bersyukur kerana ada orang yang menyokong saya,” katanya.



SOPHIA Albarakbah Tak perlu kontroversi murahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button