Israel pertama kali guna Arrow-3

Israel pertama kali guna Arrow-3

Israel pertama kali guna Arrow-3
SISTEM Arrow-3 digunakan untuk menangkis serangan peluru berpandu. FOTO Agensi Pertahanan Peluru Berpandu AS.

Baitulmaqdis: Israel, minggu lalu, kali pertama menggunakan sistem persenjataan baharu untuk menangkis serangan peluru berpandu dilepaskan lawan, lapor portal Insider.

Rejim itu mengesahkan, penggunaan operasi pertama sistem Arrow-3 itu juga dapat menguji lapisan rangkaian pertahanan udaranya.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan, pihaknya menggunakan sistem Arrow-3 yang berkesan menghapuskan ancaman itu sekali gus menandakan pintasan operasi pertama untuk senjata itu, sejak ia mula digunakan pada 2017.



Arrow-3 adalah hasil usaha pembangunan bersama dengan Amerika Syarikat.Ia adalah sistem tambahan dan pelengkap kepada unit Arrow-2 yang pertama kali digunakan pada 2000. Arrow-2 digunakan dua kali sejak konflik Israel-Hamas, bermula lebih sebulan lalu, dan berjaya memintas peluru berpandu balistik dilancarkan pemberontak Houthi di Yaman dan roket jarak jauh yang dilepaskan dari Semenanjung Gaza.

Kedua-dua sistem Arrow itu menggunakan pemintas bahan api pepejal dua peringkat untuk menggunakan peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana, yang terdiri daripada pelancar, radar dan sistem pengurusan pertempuran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan




Sementara itu, Kementerian Pertahanan Israel berkata, Arrow-3 adalah pemintas peluru berpandu bertaraf dunia yang berfungsi dengan Arrow-2 untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara.

“Keupayaan sistem Arrow-3 membolehkan julat lebih jauh, ketinggian lebih tinggi dan pembabitan peluru berpandu balistik lebih tepat,” katanya.

Menurut Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), sebuah badan pemikir yang berpangkalan di Washington, Arrow-2 direka untuk memintas sasaran di atmosfera, manakala Arrow-3 boleh menghapuskan ancaman di angkasa.

Pada Khamis lalu, pemberontak Houthi di Yaman yang disokong Iran di Yaman menerusi Telegram mendakwa, mereka melepaskan peluru berpandu balistik ke Israel sebelum sistem pertahanan Israel mampu mengatasi serangan itu.



Katanya, satu peluru yang menuju ke wilayahnya dikenal pasti dan dipintas sistem pertahanan Arrow-3 di atas Laut Merah.

Israel pertama kali guna Arrow-3


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button