RM1.9 bilion kerugian akibat jenayah komersial

RM1.9 bilion kerugian akibat jenayah komersial

RM1.9 bilion kerugian akibat jenayah komersial
Ketua Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengadakan sidang media mengenai Statistik Semasa Jenayah Komersil di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Menara KPJ. NSTP/Amirudin Sahib

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia membuka sebanyak 37,651 kertas siasatan kes jenayah komersial sepanjang tahun ini hingga 26 November lalu, membabitkan kerugian mencecah RM1.9 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata dalam tempoh 20 hingga 26 November lalu sahaja, JSJK membuka 828 kertas siasatan berkaitan pelbagai kesalahan jenayah komersial.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 692 kertas siasatan atau 83.6 peratus adalah berkaitan kes penipuan secara dalam talian yang dipecahkan kepada enam modus operandi utama.



“Iaitu, jenayah telekomunikasi (224 kes), jenayah e-kewangan (36 kes), love scam (13 kes), jenayah e-dagang (197 kes), pinjaman tidak wujud (94 kes) dan pelaburan tidak wujud (128 kes),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya seiring dengan kemajuan teknologi, amat penting untuk masyarakat mengambil maklum dan melaksanakan langkah-langkah perlindungan untuk mencegah penyalahgunaan teknologi.

“Dunia hari ini memperlihatkan bagaimana kecerdasan buatan (AI) semakin mengambil alih tugas yang sebelumnya dilakukan oleh manusia.

“Pihak media sama ada media cetak, media elektronik dan sebagainya juga digesa menyalurkan lebih banyak informasi mengenai teknologi AI kerana wujud kebimbangan teknologi ini boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.



“Antaranya, penipuan serta serangan siber melalui penciptaan algoritma yang boleh menggodam sistem komputer, teknologi pemprosesan suara yang canggih dapat digunakan untuk membuat rakaman suara yang menyamai suara seseorang.

“Selain itu, penciptaan identiti palsu yang sangat meyakinkan termasuk foto atau video palsu yang boleh digunakan dalam kegiatan penipuan atau pemalsuan.

“Dalam konteks yang lebih luas, algoritma AI berkemungkinan digunakan untuk memanipulasi keputusan atau analisis data yang digunakan untuk mempengaruhi pasaran kewangan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, seiring dengan kemajuan teknologi, amat penting untuk masyarakat mengambil maklum dan melaksanakan langkah perlindungan untuk mencegah penyalahgunaan teknologi.

RM1.9 bilion kerugian akibat jenayah komersial


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker