TERKINI: 3 maut runtuhan gudang logistik dalam pembinaan

TERKINI: 3 maut runtuhan gudang logistik dalam pembinaan

GEORGETOWN: Setakat ini, seramai tiga pekerja warga Bangladesh daripada sembilan mangsa yang terbabit dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, disahkan maut setakat 1.40 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad, berkata dua daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi selepas dikeluarkan pada jam 10 malam.

“Seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital manakala dua lagi parah dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).



“Ketika ini, pelbagai agensi dengan kekuatan 80 orang sedang berusaha mengeluarkan baki empat lagi mangsa yang terperangkap,” katanya kepada media di lokasi, hari ini.

TERKINI: 3 maut runtuhan gudang logistik dalam pembinaan
Seramai 18 pekerja warga asing dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan sebuah kilang logistik dalam pembinaan di Batu Maung malam tadi. – Foto Bernama

Terdahulu, dalam kejadian pada 9.45 malam, bomba mengesahkan terdapat 18 pekerja bertugas di lokasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU makin lemah, Bukit Gantang sokong PMX




Sembilan daripada mereka kemudian berhenti rehat untuk solat manakala sembilan lagi meneruskan kerja sebelum bangunan berkenaan runtuh.

Mohamad Usuf berkata, siasatan awal mendapati rasuk sepanjang 12 meter dengan berat sehingga 14 tan itu jatuh dan terlanggar rasuk yang lain.

“Terdapat sebanyak 14 rasuk semuanya jatuh dan menimpa pekerja yang berada di bawah. Setakat ini kita kenal pasti mangsa yang terbabit adalah warga Bangladesh,” katanya.

TERKINI: 3 maut runtuhan gudang logistik dalam pembinaan
Anggota polis membawa mayat pekerja warga asing yang maut dalam runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang hari ini. – Foto Bernama

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, TS Zulfahmi Sutaji, berkata bagi mengeluarkan empat lagi mangsa yang terperangkap, pihaknya menggunakan bantuan kren bagi mengalihkan rasuk yang berat.



“Kawasan yang dikenal pasti adalah seluas gelanggang bola keranjang dan operasi ini akan diteruskan hingga semua mangsa terperangkap dikeluarkan,” katanya di lokasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?


Bangunan itu adalah kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang.



TERKINI: 3 maut runtuhan gudang logistik dalam pembinaan
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berjaya mengeluarkan mayat kedua selepas terperangkap dalam bangunan yang runtuh di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown. NSTP/Mikail Ong

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button