Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran
Paling geram tuduh pemuda penculik
Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran

SEDAR ataupun tidak, adab adalah gambaran pekerti dalam kehidupan seseorang.
Apatah lagi ketika berada di tempat terbuka membabitkan orang yang tidak dikenali kerana perilaku kita tentunya akan dinilai.
Seperti pemuda ini, dia berdepan dengan seorang wanita yang bersikap biadab gara-gara mahu bertutur dalam bahasa Inggeris.
“Aku tak kisah kau B40 ke T20 M20 ke tapi jangan acah-acah speaking BI (Bahasa Inggeris) apabila depan orang!” tulisnya seorang pengguna Facebook Noris Lee.

Berkongsi cerita, kata Noris Lee, insiden berlaku di sebuah restoran makanan segara ketika dia beratur untuk membuat pesanan.
“Aku beratur nak order. Ada la sorang mak ni, dengan anak perempuan dua orang dalam lingkungan umur tiga dan lima tahun.
“Sebelum aku datang dekat untuk beratur, elok je mak cakap dengan anak dua orang dalam dialek Terengganu pekat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
“Apabila dah dekat beratur, biasalah budak-budak berlari-lari. Tiba-tiba mak bertukar nada, ‘Sarah, dong rang. Nanti jatuh, mummy anggeri (Sarah, don’t run, nanti jatuh, mummy angry)’,” katanya.
Tindakan si ibu yang secara tiba-tiba mengubah cara bertutur itu mengejutkan anaknya.
“Eh mummy speaking,” kata Norris Lee mengimbas kembali perbualan anak beranak itu.
Bagi Noris Lee, sebenarnya tiada masalah untuk wanita itu bertutur dalam bahasa Inggeris, terutama ketika bertutur dengan anak-anak bagi tujuan latihan dan pembelajaran.

Sehinggalah tidak lama kemudian, anak wanita itu masih berlari di dalam restoran.
“Sarah, you play-play ah (main-main), nanti that uncle culik sarah. Mummy donno (don’t know),” kata si ibu.
Tak kisah nak speaking pun tapi yang mengata tu buat jadi geram. – NORIS LEE
Susulan kejadian yang berlaku, Noris Lee dalam perkongsiannya ternyata panas hati dengan tuduhan yang dilemparkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
“Eh, kau. Bila masa pula aku nak culik anak hang?
“Nak belajar speaking boleh tapi tengok pada tempat. Tak kira kau B40 ke T20 ke M40 ke, jangan main sedap tuduh strangers (orang tak dikenali) begitu,” luahnya.
Menerusi ruangan komen, dia sekali lagi mengatakan tiada masalah sekiranya wanita itu hendak bercakap dalam bahasa Inggeris tapi adalah tidak wajar memburukkan orang lain.
“Tak kisah nak speaking pun tapi yang mengata tu buat jadi geram. Apabila dah geram, dia speaking pun aku jadi angin (naik angin),” katanya.

Di ruangan komen, netizen memberikan pandangan yang berbeza, termasuk gurauan dan sindiran.
“Member ‘koyak’ kena label muka penculik B40. Pergi pembedahan plastik bang, lepas ni confirm tak kena label penjenayah. Semua panggil oppa (Korea).”
“Kemahiran bahasa ni bakat. Kalau jenis berbakat, kau dah tua pun mampu lagi nak belajar bahasa baharu. Speaking English tak ada hal, tapi cakap kuat-kuat macam nak tunjuk poyo yang konon kau tengah latih anak kau speaking English.”
“Mesti muka pecah rumah, sebab tu difitnah sebagai penculik.”
“Pernah kena tuduh nak makan budak? Memang aku buat muka nak makan budak tu. Dia menangis, mak dia marah aku pula.
“Aku pantang kena tuduh, alang-alang biar bagi nangis terus,” demikian antara komen netizen di Facebook B40 Buat Perangai Harini yang turut berpandangan perkongsiannya sekadar kandungan media sosial semata-mata.
DISAHKAN POSITIF – FARA FAUZANA AKUI PADA MULANYA ENGGAN KONGSI
Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan
- Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.