Zakiah harap emas SUKMA membawanya ke Sukan SEA
Zakiah harap emas SUKMA membawanya ke Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Atlet pelapis karate kebangsaan, Zakiah Adnan berharap pingat emas yang diraihnya pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 MSN 2022 bakal menjadi ‘tiket’ untuk membuat penampilan kedua pada Sukan SEA.
Zakiah berkata, dia sememangnya mempunyai keinginan besar untuk mewakili negara ke temasya di Kemboja tahun depan sekali gus mengubat kekecewaan pada edisi sebelum ini di Vietnam 2021.
“Saya akan balik ke Bukit Jalil selepas ini untuk meneruskan latihan dan mungkin akan ada beberapa kejohanan dalam masa terdekat. Pada Sukan SEA baru-baru ini (Vietnam) saya kalah.
“Jadi saya berharap kemenangan di SUKMA ini akan membantu saya untuk mewakili negara pada edisi seterusnya tahun depan,” kata atlet berusia 19 tahun itu yang turut beraksi dalam kategori sama di Sukan SEA Vietnam 2021.
Pada perlawanan saingan final kategori 68 kilogram ke atas semalam, Zakiah yang mewakili Terengganu muncul juara dalam penampilan pertamanya pada temasya SUKMA selepas menewaskan wakil Sabah, Pressy Misty Philip.
“Pada awal saingan mungkin saya belum cukup panas lagi dan saya cuba untuk bertenang dan mencari kemenangan,” katanya. “Saya rasa kekuatan kaki saya untuk melakukan serangan membantu untuk membolehkan pengadil memberikan saya kemenangan.
“Sudah tentu saya sudah lama menantikan emas ini dan pingat ini saya hadiahkan kepada ibu saya yang sentiasa memberikan sokongan dan banyak membantu saya dalam sukan ini,” katanya.
Zakiah harap emas SUKMA membawanya ke Sukan SEA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
- PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?
- Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?
- Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.
- Bubar Parlimen – siapa sebenarnya bersilat pulut?
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :