Mereka melihat mangsa seperti ‘ayam’ untuk dilonggokkan

Mereka melihat mangsa seperti ‘ayam’ untuk dilonggokkan

Mereka melihat mangsa seperti 'ayam' untuk dilonggokkan
GAMBAR fail dirakam pada 23 Oktober 2019 menunjukkan pasukan forensik Polis British menjalankan siasatan terhadap penemuan 39 mayat dalam lori kontena di kawasan perindustrian di timur London. FOTO AFP

Paris: Pendakwa raya di Paris pada Selasa, meminta mahkamah menjatuhi hukuman penjara 10 tahun terhadap empat lelaki yang didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai membabitkan 39 imigran Vietnam pada 2019.

Mayat pendatang itu dengan dua daripadanya baru berusia 15 tahun ditemukan di dalam kontena sebuah treler di pelabuhan dekat London, Oktober tahun itu.

Imigran dari Vietnam itu dibawa menaiki treler terbabit dari utara Perancis ke Belgium sebelum menyeberangi Selat Inggeris ke Britain.



Sembilan belas defendan dipanggil dalam perbicaraan di Perancis itu, termasuk warga Vietnam, Perancis, Cina, Algeria dan Maghribi.Pendakwa raya menyifatkan rangkaian pemerdagangan manusia yang didalangi 19 defendan yang dibicarakan kerana membantu kemasukan haram, pergerakan dan menyediakan kediaman warga asing di Perancis itu sebagai sebahagian kegiatan gengsterism.

Pendakwa raya menuntut sabitan atas konspirasi jenayah, kesalahan yang boleh dihukum penjara 10 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi




Hanya empat defendan yang dikenali sebagai Tony, Hoang, Long dan Thang masih dibicarakan atas tuduhan membunuh.

“Defendan mengutamakan keuntungan, membahayakan mangsa dengan melihat mereka (pendatang) seperti ‘ayam’ untuk dilonggokkan. Beberapa defendan secara sinis menggambarkan diri mereka sebagai mangsa sistem,” kata pendakwa raya, Alexis Liberge dalam perbicaraan penggulungannya.

Pada 22 Oktober 2019, 31 lelaki dan lapan wanita berusia antara 15 dan 44 tahun, semuanya dari Vietnam, dimuatkan ke dalam treler di utara Perancis dan ditemukan mati pada keesokannya di kawasan perindustrian di timur London.

Bencana itu mencetuskan perdebatan mengenai pemerdagangan manusia dan kemasukan migran menjadi tumpuan.



Pendakwa raya menuntut sembilan hingga 10 tahun penjara, bersama denda dan larangan kekal di Perancis untuk Tony, Hoang, Long dan Thang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali


 



Empat lagi defendan Vietnam, dua daripadanya tidak hadir pada perbicaraan dan dianggap sebagai orang buruan, akan dijatuhkan hukuman penjara sembilan hingga 10 tahun.

Bagi defendan lain, pendakwa raya memohon pembebasan atas tuduhan konspirasi jenayah, tetapi sabitan atas tuduhan membantu dan bersubahat kemasukan haram, pergerakan dan menyediakan kediaman warga asing di Perancis sebagai sebahagian daripada kumpulan kongsi gelap.

Perbicaraan akan berakhir pada Jumaat.

Dua dalang jenayah itu membabitkan warga Romania dan British sudah disabitkan bersalah pada perbicaraan 2021 di Britain dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 27 serta 20 tahun.



Suspek lain, pemandu dalam rangkaian itu, menerima hukuman penjara 12 hingga 20 tahun, manakala mahkamah Belgium menjatuhi hukuman 15 tahun penjara kepada seorang lelaki Vietnam kerana mengetuai sel tempatan

Mereka melihat mangsa seperti ‘ayam’ untuk dilonggokkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button