TERKINI: 3 maut runtuhan gudang logistik dalam pembinaan
TERKINI: 3 maut runtuhan gudang logistik dalam pembinaan
GEORGETOWN: Setakat ini, seramai tiga pekerja warga Bangladesh daripada sembilan mangsa yang terbabit dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, disahkan maut setakat 1.40 pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad, berkata dua daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi selepas dikeluarkan pada jam 10 malam.
“Seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital manakala dua lagi parah dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Ketika ini, pelbagai agensi dengan kekuatan 80 orang sedang berusaha mengeluarkan baki empat lagi mangsa yang terperangkap,” katanya kepada media di lokasi, hari ini.
Terdahulu, dalam kejadian pada 9.45 malam, bomba mengesahkan terdapat 18 pekerja bertugas di lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Hospital Dungun Nak Beroperasi?
- Di Mana Kau Menyorok Wahab?
- Yang Mana Satu Betul, Kenyataan Hadi Atau Sanusi?
- Benarkah Wujud Konspirasi Antara Mahathir Dan Azmin Untuk Singkir Muhyiddin?
Sembilan daripada mereka kemudian berhenti rehat untuk solat manakala sembilan lagi meneruskan kerja sebelum bangunan berkenaan runtuh.
Mohamad Usuf berkata, siasatan awal mendapati rasuk sepanjang 12 meter dengan berat sehingga 14 tan itu jatuh dan terlanggar rasuk yang lain.
“Terdapat sebanyak 14 rasuk semuanya jatuh dan menimpa pekerja yang berada di bawah. Setakat ini kita kenal pasti mangsa yang terbabit adalah warga Bangladesh,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, TS Zulfahmi Sutaji, berkata bagi mengeluarkan empat lagi mangsa yang terperangkap, pihaknya menggunakan bantuan kren bagi mengalihkan rasuk yang berat.
“Kawasan yang dikenal pasti adalah seluas gelanggang bola keranjang dan operasi ini akan diteruskan hingga semua mangsa terperangkap dikeluarkan,” katanya di lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir
- Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam
- Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata
Bangunan itu adalah kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aman Palestin Dakwa Siasatan SPRM Berniat Jahat
- Benarkah Populariti Perdana Menteri Jatuh Selepas Setahun Berkuasa Adalah Perkara Biasa
- Malaysia Akan Menjadi Negara Pulau
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :