Sureeya kekal rentak emas
Sureeya kekal rentak emas
SHAH ALAM: Atlet Johor, H S Sureeya Sankar membawa momentum kejayaan di Sukan SEA Vietnam 2021 ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, sekali gus mendedikasikan kilauan emas diraihnya itu untuk sambutan Hari Malaysia.
Sureeya yang memenangi dua emas di Hanoi dalam acara 67 kilogram (kg) lelaki dan kumite berpasukan lelaki, menewaskan lawannya dari Selangor, K T Thevadharshan dengan keputusan 8-0 di Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, hari ini.
Lebih manis, kemenangan itu cukup bermakna buat dirinya apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya dalam temasya SUKMA.
“Dari awal saya sudah meletakkan sasaran emas. Walaupun sedikit tertekan, perlawanan ini boleh dikatakan seimbang. Apapun, dengan mengikuti perancangan asal, saya mampu melakukannya.
“Perlawanan ini tidak mudah tetapi seimbang. Saya perlu bertenang dengan memberikan tumpuan kepada perkara yang lain,” kata atlet berusia 20 tahun yang selepas ini mensasarkan dapat mewakili kontinjen negara ke Sukan SEA Kemboja tahun depan.
“Emas ini saya dedikasikan untuk Hari Malaysia. Tentunya saya berbangga kerana dapat meraih emas pada hari yang istimewa ini,” katanya.
Sementara itu, kategori 75kg lelaki dimenangi atlet Selangor, M Gogulnath yang memenangi pertembungan dengan seteru dari Wilayah Persekutuan, K Logen dengan keputusan 3-0.
Sureeya kekal rentak emas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
- PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?
- Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?
- Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.
- Bubar Parlimen – siapa sebenarnya bersilat pulut?
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO