WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu, Ahirine Ahirudin

WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu, Ahirine Ahirudin

WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu, Ahirine Ahirudin

Ahirine Ahirudin, atau mesra dengan panggilan E, merupakan graduan Ijazah Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pernah Menjadi Wartawan Penyiaran

WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu, Ahirine Ahirudin
via Webtvasia

Sebelum melangkah ke dalam dunia lakonan, gadis jelita ini pernah terlibat dalam dunia media sebagai wartawan penyiaran di salah sebuah syarikat produksi televisyen popular Malaysia.



Tidak hanya itu, Ahirine juga pernah mengutip pengalaman sebagai penulis automotif untuk salah satu akhbar Inggeris terkemuka negara.

Pelakon Aksi Dan Lagak Ngeri

Ahirine kemudian beralih angin menjadi pelakon aksi dan lagak ngeri untuk beberapa buah filem yang bakal ditayangkan nanti.

Semakin serius dalam memacu kerjaya seninya, gadis lasak dan penuh berbakat ini bakal membintangi filem usahasama Malaysia dan Singapura, What! The Heist arahan Matt Lai, yang mana beliau memegang watak Bangkok, serta filem Remp-It 2 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Aktif Dalam Permotoran

WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu, Ahirine Ahirudin
via Webtvasia
Ahirine yang juga aktif dalam sukan lasak dan aktiviti permotoran turut berkongsi, “Saya amat bersyukur kerana WebTVAsia memberi peluang kepada saya untuk mengembangkan lagi bakat saya serta menyokong kerjaya saya sebagai bakat baharu di dalam industri hiburan tempatan.

Saya juga berharap lebih ramai orang yang mengetahui kewujudan saya di dalam industri hiburan tempatan supaya saya dapat menonjolkan lagi bakat yang saya ada. Bersama keluarga baharu saya, WebTVAsia, saya yakin pihak pengurusan banyak menyusun dan mengajar saya mengenai selok belok dunia hiburan, lakonan mahupun pengacaraan. Saya juga masih mentah dalam industri ini, masih banyak yang perlu saya belajar dan perbaiki”



Selain itu, Ahirine turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal seperti Armor All, Yamaha, Toyota, Colgate, SpoTV dan banyak lagi.

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu, Ahirine Ahirudin

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button