Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23

“Tahniah Anak Ayah”

Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23

Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23

Bak kata pepatah, ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’. Jika sebelum ini kita lihat Datuk Hattan berada di pentas menerima anugerah, kini giliran anak lelakinya pula Adam Eiman memegang trofi di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23), semalam.

Mungkin ramai yang tak tahu, Adam merupakan seorang  komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album Yonnyboii berjudul Deluxe Version. Mereka menerima anugerah Album Terbaik AIM23 pada acara yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.



Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23
VIA Instagram YonnyBoii

Menerusi Instagram Stories Hattan, dia berkongsi foto Adam berada di atas pentas AIM sambil memegang trofi. Kemudian dia mengucapkan tahniah kepada Adam dan meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan anaknya.

“Tahniah Anak ayah, Adam Eiman dan rakan-rakan..”- tulis Hattan dengan menyertakan hashtag meluahkan rasa bangga.

“Tahniah Anak ayah, Adam Eiman dan rakan-rakan..”- tulis Hattan dengan menyertakan hashtag meluahkan rasa bangga.

Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23
VIA Instagram Dato Hattan

Di atas kemenangan itu, mereka membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai insentif dan galakan kepada penggiat industri kreatif.



Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23

Sekadar info Adam atau nama sebenarnya Adam Eiman Mohd Shukri merupakan anak tunggal Hattan dan isterinya, Datin Arianie Mohd Abidin. Tahniah Adam, semoga terus sukses dalam industri muzik tanahair.

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO



Hattan Bangga Lihat Anaknya Rangkul Trofi Album Terbaik AIM 23


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button