Staf Burger King mengurat pekerja Sushi King, ‘dating’ waktu rehat
Cinta monyet bertahan sedekad... Akhirnya ke jenjang pelamin
Staf Burger King mengurat pekerja Sushi King, ‘dating’ waktu rehat
Video kompilasi yang dikongsikan di media sosial memaparkan momen ketika masing-masing mula berkenalan sehinggalah diijabkabulkan membuatkan rata-rata netizen kagum dengan pasangan ini.
“Saya bekerja sambilan nak cari duit lebih untuk bayar lesen kereta. Selepas berkawan sebulan, dia ajak couple. Kami selalu luangkan masa bersama ketika waktu rehat, makan sama-sama,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
Cabaran pertama hubungan mereka bermula apabila masing-masing melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan terpaksa menjalani cinta jarak jauh.
“Saya masuk Kolej Matrikulasi dekat Kuala Pilah dan suami sambung belajar dekat Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT). Cabarannya, kami selalu gaduh sebab takut masing-masing curang.
“Sebab study group mesti bercampur lelaki perempuan, ada aktiviti dan macam-macam lagi, tambahan pula kami jarang jumpa.
“Selepas tamat matrikulasi, saya sambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dekat Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan selama empat tahun setengah, jadi memang jarang jumpa,” ujarnya.
Bagaimanapun ujar Nurul Shamime, keterbatasan untuk sering bertemu bukanlah alasan untuk dia dan pasangannya mengambil kesempatan di atas kesetiaan masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?
- GTA Terpaksa ‘Go Solo’, Parti Komponen Sudah Mula Berterabur
- Fitnah Terbaru Ke Atas DS Najib Dari Netizen Yang Menggunakan Nama Condor Hero
- Mengapa ramai takut dengan Najib Razak?
- Pagoh akan kembali kepada BN
Selain memanfaatkan teknologi untuk berkomunikasi setiap hari, dia dan pasangannya saling meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.
“Kami jarang bergaduh mengenai isu orang ketiga sebab setiap perkara seperti pergi ke mana, jumpa siapa, buat apa semua kami sentiasa update each other. Kalau bergaduh, call dan pujuk sampai hati pasangan lembut.
Kami jarang bergaduh mengenai isu orang ketiga sebab setiap perkara seperti pergi ke mana, jumpa siapa, buat apa semua kami sentiasa update each other.
NURUL SHAMIME
“Sepanjang hubungan ini juga, kami memang terus jumpa keluarga kerana restu mereka sangat penting,” katanya.
Sebelas tahun bercinta, pasangan ini mengikat tali pertunangan dan kemudian memeterai ikatan pernikahan pada 16 Jun 2020 dalam satu majlis ringkas lantaran tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.
Dua tahun melayari perkahwinan, pasangan ini kini membangunkan perniagaan produk kecantikan dan kosmetik bersama-sama.
Tidak menyangka perkongsian videonya mengundang perhatian netizen, Nurul Shamime meluahkan rasa terharu dengan komen serta doa yang dititipkan untuknya dan suami.
“Apapun pokok pangkalnya, kunci bagi setiap perhubungan adalah setia dan dua-dua kena berusaha untuk menunjukkan kasih sayang,” katanya lagi.
https://my-tv.online/2022/08/18/semarak-sambutan-merdeka-di-ipt/
Staf Burger King mengurat pekerja Sushi King, ‘dating’ waktu rehat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :