Resepi Sweet Bun
Resepi Sweet Bun dengan kismis, yang sangat lembut menggunakan water-roux paste.
Bahan-bahan:
- 2 3/4 cawan tepung roti
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar susu tepung
- 1/3 cawan gula halus (castor sugar)
- 3/4 sudu kecil garam
- 2 1/2 sudu kecil serbuk yis
- 1 biji telur
- 140 ml air suam
- 3 sudu besar mentega, suhu bilik
- 1/2 cawan kismis hitam
- Bahan untuk Water-Roux Paste:
- 25g (kurang sedikit 2 sudu besar) tepung roti
- 125ml (1/2 cup) air
Cara Penyediaan:
- Cara untuk water-Roux paste:
- Masukkan tepung dan air di dalam periuk kecil dan kacau di atas api sederhana perlahan sehingga menjadi pekat tetapi tidak perlu sehingga mendidih. Cukup sekadar suhu anggaran 65 darjah celcius.
- Cara untuk roti:
- 1Ayak tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula halus dan garam di dalam mangkuk.
- Larutkan serbuk yis di dalam air suam dan biarkan selama 2-3 minit. Ini adalah bertujuan untuk membangkitkan/meghidupkan kembali yis. Tuang bancuhan tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung besama dengan water roux paste.
- Kacau telur dan masukkan ke dalam adunan dan uli sehingga sebati bersama dengan mentega dan kismis. Teruskan uli selama 5-10 minit.
- Masukkan doh di dalam mangkuk dan tutup dengan plastic wrap. Biarkan di tempat yang agak panas sehingga doh mengembang menjadi saiz kali ganda.
- Apabila doh sudah mengembang, uli doh tadi di atas papan yang ditaburkan sedikit tepung. Uli selama 5-10 minit (boleh ditaburkan sedikit tepung semasa proses menguli sehingga doh tidak melekat di tangan).
- Jika menggunakan mixer, masukkan semua bahan dan uli sehingga doh sebati dan tidak melekit dan kemudian masukkan kismis di akhir proses menguli.
- Bahagikan doh kepada 16 bahagian yang sama rata dan susun di dalam loyang.
- Biarkan sehingga kembang dan bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 15-20 minit.
- Angkat dan sejukkan di atas rak.
Tip:
- Anda boleh bahagikan doh kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk loaf dan lagi satu bahagian untuk dibahagikan kepada 8 saiz kecil untuk bun.
Resepi Sweet Bun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?
- Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN
- Pemilihan Ketua Pemuda, ada yang ‘jual’ nama?
- UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan “Bisul” negara.
- “Perjanjian Rahsia” antara sebab Ismail Sabri gagal
- Pemilihan UMNO : KUDETA 2.0 sedang diatur
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini