Bekas polis bunuh Along Spoon bebas selepas penjara 33 tahun

Bekas polis bunuh Along Spoon bebas selepas penjara 33 tahun

Bekas polis bunuh Along Spoon bebas selepas penjara 33 tahun
Mohd Ya’cob, Che Muji Che Noh dibebaskan dari Penjara Kajang, hari ini.

Kuala Lumpur: Bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati yang disabitkan dengan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an, Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dibebaskan dari Penjara Kajang hari ini selepas selesai menjalani hukuman penjara 33 tahun.

Perkara itu disahkan peguam Mohd Ya’cob, Che Muji Che Noh yang akan dibebaskan jam 5 petang dari penjara hari ini.

“Kelakuan baik anak guam memang terdapat dalam rayuan saya, itu antara faktor yang mahkamah ambil kira berhubung hukuman.



“Hukuman penjara mengikut undang-undang antara 30 hingga 40 tahun dan atas rayuan itu, anak guam dipenjara selama 33 tahun.

“InsyaAllah, dia bebas hari ini, 33 tahun (penjara) dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000, satu pertiga daripada cuti dan lain-lain bermakna dia menjalani hukuman penjara 33 tahun,” katanya hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar




Terdahulu, dalam prosiding hari ini, bekas anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu terlepas hukuman pemenjaraan sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan meminda kepada penjara 33 tahun.

Mohd Ya’cob sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Dalam prosiding hari ini, keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.



Pada prosiding itu, panel lima hakim menggantikan pemenjaraan sepanjang hayat terhadap Mohd Ya’cob atas pertuduhan membunuh Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dan menggantikannya dengan hukuman penjara selama 33 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti


Terdahulu seramai 12 termasuk Mohd Ya’cob terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas mahkamah tertinggi itu menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.



Lima hakim memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan mereka.

Dalam prosiding, Che Muji memohon panel hakim supaya hanya mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun bermula dari tarikh tangkap.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nahrah Dolah memohon hukuman penjara dikenakan terhadap pemohon (Mohd Ya’cob) tidak kurang dari 35 tahun, atas kekejaman dilakukan menyaksikan si mati dijerut lehernya dan dicampak ke gaung.

“Mayat dan kaki juga diikat dengan tidak berpakaian. Sebelum dibunuh, si mati dipukul di dalam kereta dan ditinggalkan mayatnya pada tengah malam di tempat gelap dan motif pembunuhan kerana cemburu yang mana si mati dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri pemohon,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

Mohd Ya’cob sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Bagaimanapun, Mohd Ya’acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.



Pada 10 April 2002, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati dia bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan itu.

Mohamed Ya’cob antara 12 daripada 13 banduan terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas manakala banduan lain turut dikenakan hukuman 12 sebatan.

Dia dituduh membunuh Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Allahyarham Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Menerusi maklumat di Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia, maksud banduan sepanjang hayat ialah banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh pembebasan, kecuali mendapat pengampunan Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

Sementara hukuman seumur hidup ialah banduan perlu menjalani hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Bekas polis bunuh Along Spoon bebas selepas penjara 33 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading