Israel panggil duta negara-negara yang undi keahlian penuh Palestin

Israel panggil duta negara-negara yang undi keahlian penuh Palestin

Israel panggil duta negara-negara yang undi keahlian penuh Palestin
MAJLIS Keselamatan PBB. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Israel akan memanggil duta negara yang mengundi untuk menjadikan Palestin ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk hadir pada sesi dialog bantahan, hari ini.

Menurut jurucakap Kementerian Luar, ia selepas Pihak Berkuasa Palestin berkata, ia akan mempertimbangkan semula hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Washington memveto bidaan keahlian Palestin itu, awal minggu ini.

Undian pada Khamis menyaksikan 12 negara dalam Majlis Keselamatan PBB menyokong resolusi yang mengesyorkan keanggotaan penuh Palestin, manakala dua negara iaitu United Kingdom dan Switzerland, berkecuali.



Hanya AS yang juga sekutu tegar Israel, mengundi menentang usul itu dengan menggunakan kuasa vetonya untuk menyekat resolusi berkenaan.

Pada Sabtu, jurucakap Kementerian Luar Israel, Oren Marmorstein berkata, kementerian itu akan memanggil duta-duta negara ahli Majlis Keselamatan yang mengundi memihak Palestin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




“Duta Besar Perancis, Jepun, Korea Selatan, Malta, Republik Slovakia dan Ecuador akan dipanggil esok untuk menyatakan bantahan keras akan dikemukakan kepada mereka.

Usaha untuk mengiktiraf negara Palestin sebagai ahli penuh PBB dibuat enam bulan selepas perang antara Israel dan pejuang Palestin di Gaza.

Draf resolusi itu menyeru untuk mengesyorkan kepada Perhimpunan Agung PBB supaya Palestin diterima menjadi ahli penuh badan dunia itu.

Palestin ketika ini berstatus negara pemerhati, status dipegangnya sejak 2012.



Menurut Palestin – 137 negara daripada 193 negara anggota PBB mengiktirafnya sebagai sebuah negara.

Israel panggil duta negara-negara yang undi keahlian penuh Palestin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading