Lelaki melecur, 3 rumah musnah terbakar

Lelaki melecur, 3 rumah musnah terbakar

Lelaki melecur, 3 rumah musnah terbakar
Foto hiasan

LAHAD DATU: Seorang lelaki dewasa cedera ringan dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Tamoi Baru, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, dua rumah separuh kekal dan sebuah rumah jenis tidak kekal musnah 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.04 petang.



Katanya, sepasukan 12 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman dilakukan oleh pasukan bomba menggunakan dua aliran, empat pancutan dari sumber air terbuka iaitu parit.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa cedera ringan (melecur) dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, operasi terkawal pada 4.19 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 7.47 malam.



“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.

Lelaki melecur, 3 rumah musnah terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading