Baladewa, baladewi belum ‘move on’, kali ini klon Once Dewa 19 muncul di Kuantan

“Boleh pergi jauh ni, padu suara!”

Baladewa, baladewi belum ‘move on’, kali ini klon Once Dewa 19 muncul di Kuantan

Baladewa, baladewi belum ‘move on’, kali ini klon Once Dewa 19 muncul di Kuantan
Alang dan Maman sering membuat persembahan busking bersama.
JIKA baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki yang mempunyai wajah seiras komposer dan vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani, jangan terkejut apabila mendengar lantunan vokal individu lain yang menyamai seorang lagi vokalis band berkenaan, Once.
Gaya nyanyiannya yang bersahaja melantunkan lagu Pupus ketika membuat persembahan busking di sebuah kafe bersama seorang rakan, sempat dirakam oleh seorang pelanggan lalu memuat naik di aplikasi TikTok.Video tersebut menjadi tular malah rata-rata netizen turut sama teruja mendengar vokal busker berkenaan.

“Kalau dengar sambil pejam mata, confirm ingat Once yang menyanyi,” demikian antara komen yang dilontarkan netizen.

Siapa sangka, bertitik tolak daripada video tersebut, orang ramai sudah mulai ‘perasan’ akan kehadiran buskers berkenaan malah ternanti-nanti video persembahan mereka di laman sosial.



Berkongsi cerita dengan mStar, vokalisnya yang bernama Mohd Iqtisar Mohd Suhimi berkata, dia sendiri sama sekali tidak menjangka penerimaan orang ramai selepas video berkenaan menjadi tular sekitar pertengahan bulan lalu.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya bersama rakan, Abdul Rahman Azman, yang bertindak sebagai pemain keyboard dah busking sekitar Kuantan sejak 2013. Saya dan Maman (Abdul Rahman) adalah anggota band Akustikaabdul yang ada lagi empat ahli lain.

“Dalam kami berenam, ada beberapa orang mempunyai kebolehan menyanyi. Oleh itu kami berenam akan berpecah lokasi untuk busking. Apabila ada tawaran adakan persembahan korporat, majlis kahwin atau sebagainya, kami perform berenam.

Baladewa, baladewi belum ‘move on’, kali ini klon Once Dewa 19 muncul di Kuantan
Alang (kiri) dan Maman kerap kali diundang membuat persembahan busking sekitar Kuantan.

“Nak dijadikan cerita, malam waktu menyanyi lagu Pupus tu saya kurang sihat dan beritahu pemilik kafe. Tapi pemiliknya kata tak apa, nyanyi biasa-biasa saja.



“Pelanggan wanita tersebut pun pada mulanya dah nak balik, tapi dia duduk semula dan rakam, kemudian upload dekat TikTok.

“Nak dijadikan cerita, baru-baru ni pula konsert Dewa 19, orang masih lagi diserang ‘demam’ Dewa 19… secara tak langsung kami kena tempias,” ceritanya.

Senang disapa sebagai Alang, pemuda ini berkata Dewa 19 memberi pengaruh yang besar dalam kerjaya sampingannya sebagai seorang busker kerana dia membesar dengan lagu-lagu band negara seberang itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Malah dia mendedahkan, kebanyakan tawaran job yang diterima, lagu-lagu daripada band berkenaan menjadi pilihan pelanggan.



“Sejak 2014 lagi kami suka bawa lagu Dewa 19. Ia antara band idola kami. Saya minat Dewa 19 sejak zaman Ari Lasso menjadi vokalisnya. Kami salute muzik mereka kerana sangat universal.

“Maman pula sekepala dan pengetahuannya mengenai muzik sangat luas. Selain Dewa 19, kami juga sering mendapat permintaan untuk dendangkan lagu band Ungu, Sheila On 7 dan Padi,” ujarnya yang merupakan seorang kakitangan kerajaan negeri Pahang.

Baladewa, baladewi belum ‘move on’, kali ini klon Once Dewa 19 muncul di Kuantan
Alang bersama anggota Akustikaabdul.

Hampir 10 tahun ‘bergelumang’ dalam dunia busking secara suka-suka, Alang bersyukur kehadiran mereka kini mendapat perhatian banyak pihak, impak daripada video yang tular baru-baru ini.

“Ketika awa-awal busking di tempat awam, penerimaan agak hambar. Kebanyakan orang pandang sebelah mata. Tapi sebenarnya ketika itu lebih kepada nak cari pengalaman berdepan khalayak berbanding nak cari side income.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

“Sambil-sambil tu, kami ada dapat job dekat majlis kahwin atau acara korporat sekitar Kuantan. Semuanya seperti biasa. Sehinggalah viral video yang dimuat naik oleh pelanggan wanita berkenaan bulan lepas.

“Selepas viral, kami tak sangka dapat job untuk perform luar Kuantan. Malam ambang merdeka kami dijemput perform di Cheras, dan kemuadian dapat offer perform pembukaan Piala FA baru-baru ni.

Kalau ada orang approach untuk bekerjasama, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

ALANG

VOKALIS AKUSTIKAABDUL

“Tapi kami tak dapat penuhi permintaan untuk perform di Piala FA kerana mengerjakan umrah. Tak sangka, pulang dari umrah beberapa hari lalu, kami dapat lagi job.



“InsyaAllah ada dua show menanti pada November ini, kali ini ke Sabah dan Sarawak pula. Boleh dikatakan, tawaran ketika ini dua, tiga kali ganda daripada dahulu,” ujar pemuda berusia 31 tahun ini.

Ditanya mengenai pujian yang dilontarkan netizen, Alang berkata dia bersyukur dan menganggapnya sebagai rezeki ketentuan Tuhan.

“Secara peribadi tak rasa sama pun sebenarnya. Tapi banyak kali upload video busking, ramai pula tag Dewa 19 dan komen suara seiras Once. Saya anggap ia adalah rezeki,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen memuji vokal Alang yang mempunyai persamaan dengan Once.

 



Ditanya mengenai impian yang ingin dikecapi selepas hampir sedekad bergelumang dalam dunia busking, Alang berkata dia menyimpan keinginan untuk menghasilkan single pertama bersama Akustikaabdul.

“Kalau ada orang approach untuk bekerjasama, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

“Saya mewakili rakan-rakan ingin ucapkan terima kasih kepada Fatin Nadiah dan suaminya. Disebabkan videonya, orang mula nampak kami. Mereka jugalah bantu kami cipta akaun TikTok agar lebih dekat dengan peminat busking.

“Dan tidak lupa kepada kawan-kawan di Instagram dan TikTok yang tak henti-henti memberi sokongan kepada kami,” akhirinya.

Satria Dewa : Gatotkaca bakal ditayang di Malaysia

Baladewa, baladewi belum ‘move on’, kali ini klon Once Dewa 19 muncul di Kuantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button