4.1 bilion dijangka tonton upacara persemadian Ratu Elizabeth II

4.1 bilion dijangka tonton upacara persemadian Ratu Elizabeth II

4.1 bilion dijangka tonton upacara persemadian Ratu Elizabeth II

LONDON: Siaran langsung istiadat persemadian Ratu Elizabeth II pada lusa dijangka memecah rekod tontonan dunia iaitu seramai 4.1 bilion.

Liputan acara bersejarah itu dijangka menjadi siaran langsung paling banyak ditonton kerana jangkaan lebih separuh penduduk dunia akan menyaksikan riwayat hidup terakhir baginda ratu, lapor Daily Mail.



Istiadat persemadian itu akan disiarkan di BBC one, BBC News dan iPlayer sepanjang hari, manakala ITV akan menyiarkan acara itu secara langsung di saluran utamanya.

Siaran langsung tersebut disediakan kepada orang ramai yang tidak berpeluang mengunjungi London dan memilih menonton dalam platform penstriman 24 jam.

Westminster Hall akan menerima kehadiran hampir setengah juta pengunjung bagi melihat keranda mendiang secara peribadi serta memberikan penghormatan terakhir menjelang upacara persemadian pada Isnin.

Pakar industri menjangka istiadat tersebut akan memecahkan rekod siaran langsung yang pernah dicatatkan sebanyak 3.6 bilion tontonan semasa petinju terkenal, Muhammad Ali menyalakan obor Sukan Olimpik Atlanta pada 1996.



Jika ramalan tersebut tepat, istiadat persemadian Elizabeth akan mengatasi semua rekod penyiaran lain termasuk konsert Live8 pada 2005, sambutan bunga api Malam Tahun Baharu Sydney pada 2010 dan perkahwinan Putera Charles dengan Puteri Diana, 1981.

Penganalisis televisyen di WatchTVAbroad.com, Carolina Beltramo berkata, kemajuan teknologi membolehkan penduduk dunia membawa ‘televisyen’ sepanjang masa di dalam poket.

“Walaupun ia adalah peristiwa yang menyedihkan, penonton tetap terpesona dengan tontonan yang bergema sepanjang sejarah.

“Begitulah cinta dan kekaguman terhadap Elizabeth di seluruh dunia sehingga persemadiannya ditakdirkan menjadi acara siaran langsung televisyen terbesar dalam sejarah,” katanya.



Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

4.1 bilion dijangka tonton upacara persemadian Ratu Elizabeth II

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button