Mee Goreng Daging Ala Mamak
Mee Goreng Daging Ala Mamak
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsikan cara untuk masak Mee Goreng Daging ala Mamak versi sempoi atau express. Kenapa sempoi, sebab dulu Che Nom pernah share video masakan mee goreng mamak yang lengkap dengan cara untuk buat pes sekali dan agak rumit untuk disediakan.
Kali ini, memang versi sempoi saja tapi cukup sedap lah. Dulu di utara kalau nak makan yang special memang Che Nom akan order mee goreng daging ni kat kedai mamak. Selain daging, apa yang penting dalam masakan ni ialah kita gunakan air rebusan daging untuk lebih rasa manis-manis daging tu. Untuk bahan tumis pula, ada 2 bahan penting yang digunakan.
Makan panas-panas, gaul pulak dengan perahan limau nipis, apa nak dikata. Kalau dah jemu cara masak mee yang biasa, sesekali boleh tukar selera masak mee goreng style mamak ni pulak
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 3 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 5 -7 tangkai cili kering ATAU 2 sudu besar cili kisar (**kurangkan cili jika mahu kurang pedas)
- 1 sudu besar udang geragau
- Sedikit air
- Bahan-bahan untuk kacang goreng:
- 2 sudu besar kacang tanah
- 2 sudu besar minyak masak
- Bahan-bahan lain:
- cawan minyak masak
- 1 sudu besar serbuk kari
- cawan air rebusan daging
- Sayur sawi
- 3-4 sudu besar sos cili
- 3-4 sudu besar kicap manis
- 2-3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 2 biji tomato
- 1 biji kentang rebus
- Garam, secukup rasa
- 1 paket /450g mee kuning
- 1-2 sudu besar kicap pekat karamel
- 2 biji telur
- Sedikit perahan limau nipis
- Sayur taugeh
- Daun bawang
- Cili merah
- Limau nipis
- Bawang goreng
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk mee goreng mamak:
- Kisar halus hirisan bawang merah, bawang putih, udang geragau, cili kisar dan sedikit air.
- Rebus kentang dan daging sehingga lembut. Simpan air rebusan daging.
- Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus.
- Masukkan serbuk kari daging dan air rebusan daging lalu kacau sehingga bahan masak dan pecah minyak.
- Masukkan batang sawi, sos cili, kicap manis, kicap cair, sos tiram, serbuk lada sulah dan hirisan daging.
- Masukkan potongan tomato, serbuk kacang tanah dan tambah sedikit air rebusan daging.
- Tambah garam secukup rasa lalu masukkan daun sawi, mee kuning yang telah dibilas dan kicap pekat caramel.
- Kemudian tolak mee ketepi lalu masukkan telur dan perah sedikit jus limau nipis diatas mee.
- Setelah telur separuh masak, gaul kesemuanya sekali dan goreng sekejap sehingga bahan-bahan bergaul sekata.
- Masukkan taugeh dan ubi kentang rebus.
- Hidangkan dengan hiasan taburan daun bawang, cili merah, bawang goreng, serbuk kacang tanah dan hirisan limau nipis.
- Cara-cara untuk kacang goreng:
- Panaskan sedikit minyak, goreng kacang tanah sehingga masak dan kulit kacang berubah menjadi gelap lalu angkat dan toskan minyak.
- Selepas kacang sudah agak sejuk, tumbuk halus kacang sehingga menjadi serbuk.
Tip:
- Jika tiada udang geragau, boleh digantikan dengan udang kering sahaja.
- Selepas potong batang sawi, tekan atau ketuk sedikit batang sawi supaya mudah lembut dan mudah meresap rencah tumis apabila dimasak.
- Selain daripada merebus kentang, ubi kentang juga boleh digoreng namun tekstur kentang akan lebih keras dan susah untuk hancur ketika digoreng berbanding dengan rebus.
- Rebus daging dalam anggaran masa jam.
- Tambah air rebusan daging jika mahu mee yang lebih basah atau berkuah.
- Cucur udang juga sesuai untuk dijadikan tambahan hidangan bersama mee goreng ala mamak.
Mee Goreng Daging Ala Mamak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?
- GTA Terpaksa ‘Go Solo’, Parti Komponen Sudah Mula Berterabur
- Fitnah Terbaru Ke Atas DS Najib Dari Netizen Yang Menggunakan Nama Condor Hero
- Mengapa ramai takut dengan Najib Razak?
- Pagoh akan kembali kepada BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk