Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai

Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai
Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai

Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai

 

Kali ni jom kita tengok resepi Ayam Masak Paprik ala kedai tomyam yang pedas dan mantap.

Lama dulu Che Nom dah pernah share resepi ayam masak paprik, ni kira versi video baru, kualiti yang lebih bagus, kira versi upgrade dengan tambahan resepi sambal belacan yang bisa kita makan di restoran selatan Thai.



Menu ni cukup lengkap dengan macam-macam sayur, jadi mudahlah, sekali masak aja semua sekali lauk dan sayur.

Cara masakan nya tak susah sangat, cuma untuk lebih sedap perlu ada 1 bahan yang penting untuk naikkan rasa sedap ayam masak paprika baru lah mantap. Kombinasi kedua-dua nya ni, kalau makan dengan nasi putih panas, memang cukup sedap.

 

Bahan-bahan:

 



  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 2 ketul isi ayam (dada)
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes cili Thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ½ batang lobak merah
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit air
  • 4-6 tangkai cili padi
  • 3-4 putik jagung
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • ½ biji bawang holland
  • Limau nipis

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk potong paprik:
    1. Cincang kasar bawang putih, hiris nipis halia dan bawang holland, titik/ ketuk halia sampai pecah.
    2. Untuk sayur, carrot hiris menyerong, baby corn belah dua, kobis bunga potong kecil, kacang panjang potong 2 inci panjang dan cili padi buang tangkai dan belah hujung.
    3. Isi ayam potong kepada kiub kecil.
  2. Cara-cara untuk masak paprik:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai
    2. Masukkan cili kisar dan kacau sampai garing.
    3. Masukkan isi ayam dan serbuk lada putih kemudian kacau sampai separuh masak.
    4. Masukkan sos cili, pes cili thai / pes tomyam, sos tiram dan sos ikan.
    5. Masukkan carrot, kicap manis dan daun limau purut (carik dan buang tangkai)
    6. Tambah air untuk lebih berkuah dan masukkan cili padi, baby corn, bunga kobis, minyak cili thai, sayur kacang panjang dan bawang holland.
    7. Akhir sekali tambah sos ikan (untuk penambah rasa sebab Che Nom tak masukkan garam), perahan limau nipis dan cepat – cepat tutup api

 

Tip:

 



  • Boleh tukar Pes cili thai dengan Pes Tomyum.
  • Masuk kacang panjang dan bawang holland waktu akhir supaya sayur masih ada rasa ranggup.
  • Che Nom tak masukkan garam dalam paprika, adjust masin dengan sos ikan sahaja.

Resepi Ayam Paprik ‘Original’ Thailand

 

Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button